Tuesday, 31 July 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN

31hb Julai 2012 ...Selamat menyambut hari pahlawan kepada pahlawan-pahlawan negara diatas pengorbanan dan jasa-jasa mereka yang telah dicurahkan buat tanahair yang tercinta. sesungguhnya, keamanan yang telah dihadiahkan oleh mereka buat kami, warga generasi baru tak ternilai harganya. Tak akan mampu untuk kami dibalas. semangat kepahlawanan dan pengorbanan demi tanahair tercinta tanpa mengira agama dan bangsa anda semua adalah inspirasi buat kami untuk meneruskan semangat perjuangan ini.

Al-Fatihah buat mereka yang telah gugur sebagai bunga bangsa dan juga buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. semoga mereka akan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada'.

Monday, 30 July 2012

RAMADHAN AL MUBARAK

Bersyukur kehadrat Allah SWT, kerana kita masih diberi peluang oleh-Nya dapat bertemu lagi dengan Ramadhan 1433H, bulan yang mulia ini.
Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?
Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam.
Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri.
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat islam semoga ibadah puasa kita tahun ini mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.