Saturday, 15 September 2012

Aku Cinta Kamu Dalam 100 Bahasa..

 
 
 
'CINTA' adalah umum kepada sesiapa pun boleh. Hanya Cinta yang agung kepada Yang Maha Agung. Cinta kepada Pencipta. Cinta kepada manusia perlukan berbagai bahasa menurut lafaz bangsanya. Di sini 'Aku Cinta Kamu' diperturunkan dalam 100 bahasa...

Afrika – Ek het jou lief
Albania – Te dua
Arab – Ana behibak (kepada lelaki)
Arab – Ana behibek (kepada wanita)
Armenia – Yes kez sirumen

Bambara – M’bi Fe
Bengali – Ami tomake bhalobashi (dibaca: Amee toe-ma-kee bhalo-bashee)
Belanda – Ik hou van jou
Belarusia – Ya tabe kahayu
Bisaya – Nahigugma ako kanimo
Bulgaria – Obicham Te

Cina Canton – Ngo oiy Ney a
Cina Mandarin – Wo ai ni
Catalan – T’estimo
Cherokee – Tsi Ge yu i
Cheyenne – Ne mohotatse
Chichewa – Ndimakukonda
Corsica – Ti tengu caru (to male)
Creol- Mi aime jou
Ceko – Miluji Te

Denmark – Jeg Elsker Dig
Esperanto – Mi amas vin
Estonia – Ma armastan Sind
Ethiopian – Afgreki’
Faroese – Eg elski teg
Farsi- Doset daram
Filipina – Mahal kita
Finnish – Mina rakastan sinua
Frisian – Ik hâld fan dy

Gaelic – Ta gra agam ort
Georgia – Mikvarhar
Greek – S’agapo
Gujarati – Hoo thunay prem karoo choo
Hiligaynon – Palangga ko ikaw
Hawai -Aloha Au Ia`oe
Hebrew – “Ani ohev otcha” (kepada lelaki dikatakan oleh lelaki), “Ohevet
ot’cha” (kepada lelaki dikatakan oleh wanita)
Hebrew – “Ani ohev otach” (kepada wanita dikatakan oleh lelaki), “Ohevet
Otach” (kepada wanita dikatakan oleh wanita)
Hiligaynon – Guina higugma ko ikaw
India – Hum Tumhe Pyar Karte hae
Inggeris – I love you
Hmong – Kuv hlub koj
Hopi – Nu’ umi unangwa’ta
Hungaria – Szeretlek

Icelandia – Eg elska tig
Ilonggo – Palangga ko ikaw
Indonesia – Aku cinta kamu
Inuit – Negligevapse
Irish – Taim i’ ngra leat
Italia – Ti amo
Jepang – Aishiteru atau anata ga daisuki desu
Jerman – Ich liebe dich
Jerman-Swiss – Ich lieb Di

Kamboja – Soro lahn nhee ah
Kannada – Naanu ninna preetisutene
Kapampangan -Kaluguran daka
Kiswahili- Nakupenda
Konkani – Tu magel moga cho
Korean – Sarang Heyo atauNanun tangshinul sarang hamnida
Kroasia -Volim Te
Latin – Te amo
Latvia – Es tevi milu
Libanon -Bahibak
Lithuania – Tave myliu
Luxembourg – Ech hun dech gäer

Macedonia -Te Sakam
Malaysia – Saya cintakan mu atauAku cinta padamu
Malayalam – Njan Ninne Premikunnu
Maltese -Inhobbok
Marathi – Me tula prem karto
Mohawk (Suku Indian)– Kanbhik
Maroko – Ana moajaba bik
Nahuatl – Ni mits neki
Navaho -Ayor anosh’ni
Norwegia – Jeg Elsker Deg
Pandaca -Syota na kita!
Pangasinan -Inaru Taka
Papiamento – Mi ta stimabo
Persia – Doo-set daaram
Pig Latin – Iay ovlay ouyay
Polandia – Kocham Ciebie
Portugis – Eu te amo
Prancis – Je t’aime, Je t’adore

Rumania – Te iubesc
Russia – Ya tebya liubliu
Scot Gaelic-Tha gra\dh agam ort
Serbia – Volim te
Setswana -Ke a go rata
Sindhi- Maa tokhe pyar kendo ahyan
Sioux – Techihhila
Slovak – Lu`bim ta
Slovenian – Ljubim te
Spanyol – Te quiero atauTe amo
Swahili -Ninapenda wewe
Swedia – Jag alskar dig
Suriname – Mi lobi joe

Tagalog – Mahal kita
Taiwan -Wa ga ei li
Tahitian – Ua Here Vau Ia Oe
Tamil – Nan unnai kathalikaraen
Telugu – Nenu ninnu premistunnanu
Thailan – Chan rak khun (kepada pria)
Thailan – Phom rak khun (kepada wanita)
Thailan (informal) – Rak te
Turki -Seni Seviyorum

Ukrainia – Ya tebe kahayu
Urdu – mai aap say pyaar karta hoo
Vietnam – Anh ye^u em (kepada wanita)
Vietnam – Em ye^u anh (kepada pria)
Welsh -’Rwy’n dy garu di
Yiddish – Ikh hob dikh
Yoruba – Mo ni fe

blog : Ibnu Hasyim
Menangani masalah sosial

Tok Guru Nik Aziz pernah berkata “ Islam ajar kita ,apabila manusia selalu diawasai olih Raqib dan Atiq , walaupun ada ibu bapa , guru ustaz , polis dan askar ada lagi Allah Yang maha Mengawasi.Mari kita bersama sama ‘besar besarkan’ kesedaran ini.Inilah cara untuk menangani masalah sosial yang sangat kriktikal , sekarang ini semangatnya ialah sekalipun polis tiada Allah tetap ada dan sentiasa melihat perbuatan kita”

Raqib dan Atiq adalah dua malaikat menjadi teman karib yang selalu berada disisi kita dan setia dengan tugas sebagai pencatit amalan manusia.

Firman Allah s.w.t ; Tiada sesuatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada disisinya malaikat pengawas yang selalu hadir” –Surah Qaf : ayat 18

Hari ini umat islam berhadapan dengan berbagai bagai isu sosial , khususnya yang melanda remaja.Ini berikutan teknologi yang semakin maju dan mencabar.Jika masalah ini tidak dapat ditangani akan mengakibatkan kemusnahan ummah , agama dan negara , kerana kecemerlangan mereka adalah tanda kecemerlangan negara pada masa akan datang.

Dari kajian menunjukan bahawa menjelang abad ke 21 , keruntuhan akhlak para remaja semangkin parah.Saban hari baik dimedia massa mahupun media eletronik kita dipaparkan dengan gejala jenayah rogol , dadah ,dedah ,sumbang mahram , anak luar nikah , pembuangan bayi ,rompak ,samun , bunuh ,peras ugut , rasuah dan penyalahgunaan kuasa semangkin meningkat.Paling membimbangkan aktiviti jenayah ini dilakukan oleh orang melayu yang beragama islam.Ramai orang melayu islam pada hari ini sedang dilanda masalah keluarga seperti penceraian , kurang kemahiran keibubapaan dan lain lain.Ini telah memberi kesan buruk terhadap pembentukan peribadi dan rohani setiap remaja sehingga akhirnya
mereka hilang jati diri.


Kesan penyalahgunaan dadah di negara kita juga semangkin dirasai , apabila generasi muda yang terlibat bukan sahaja tidak mampu menyumbang kepada pembangunan bahkan menjadi perosak yang meresahkan mayarakat dan negara.

Dalam hal ini semua pihak perlu sama sama menjalankan tugas masing masing.Satu langkah berkesan mesti diambil kearah penyelesaianya.Pihak yang paling utama dan berpengaruh dalam kes ini adalah kerajaan , kerana mereka mempunyai kuasa penentu yang kuat dalam meluluskan atau melaksanakan sesuatu samada buruk ataupun baik.Sepatutnya pihak kerajaan memantau segala masalah yang dihadapi remaja supaya mereka tidak terlalu bebas dan liar.Disamping itu pehak kerajaan perlu mengadakan sekatan keatas kegiatan baru yang dianggap mencemar imej agama , bangsa dan negara.Memandangkan dunia sekarang penuh dengan cabaran tugas kerajaan semangkin berat dalam menentukan haluan tuju negara.

Ibu bapa juga memainkan peranan penting demi menjamin anak anak mereka mendapat didikan sempurna , khususnya didikan agama, kerana didikan agama berupaya membentuk perisai dalam diri anak anak , bila berdepan dengan cabaran hari ini dan masa depan.Bagi memastikan pendidikan berkesan ibu bapa mestilah melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran keibubapaan serta mengamalkan nilai nilai murni yang akan menjadi contoh teladan kepada anak anak terutama dalam hal berkenaan dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T.

Para guru pula mestilah memastikan pendidikan diberi dalam kelas bukan sekadar untuk lulus peperiksaan semata mata tetapi mampu membentuk jiwa yang jernih dan akhlak yang luhur serta bebas dari keinginan untuk terbabit dengan aktiviti jenayah.

Media pula tidak boleh sama sekali menghidangkan kepada masyarakat bahan bahan yang mampu merangsang nafsu dan akhlak liar.Sebaliknya cerita cerita yang membawa keinsafan , membina pengetahuan dan membentuk peribadi yang luhur hendaklah dibudayakan dalam penulisan.Tetapi hakikatnya apa yang berlaku disekitar kita adalah sebaliknya.Rialitinya ,kita dapati kebanyakan media banyak memaparkan hiburan yang melampau ,aksi aksi ganas yang keterlaluan yang melanggar nilai nilai islam ,sehingga memberi kesan nagatif kepada pembentukan sahsiah para remaja.

Pihak polis dan penguatkuasa lain juga perlu mengambil tindakan yang berkesan bagi memastikan aktiviti jenayah dapat dihalang ke akar umbi daripada berlaku.Mereka boleh meningkatkan rondaan dikawasan yang bermasalah , dan pemasangan cctv dikawasan hotspot , mewujudkan sistem sektor untuk menjalin hubungan mesra dengan masyarakat disamping mendapatkan maklumat.Mengadakan operasi bersama dengan jabatan penguatkuasa yang lain serta bantuan tenaga dari RELA dan JPAM adalah satu langkah yang baik.

Disamping itu juga masyarakat mestilah melaksanakan tanggungjawab amal maaruf dan nahi mungkar mengikut kadar dan kemampuan masing masing.Sekiranya tanggungjawab ini dilaksanakan dengan baik, pasti segala kepincangan yang terjadi dalam masyarakat hari ini tidak akan terjadi kerana ia akan bertindak sebagai kawalan luaran.Malangnya tanggungjawab ini tidak dilaksanakan oleh masyarakat dan kerajaan.Sistem sosial moden yang mengagungkan kebebasan peribadi menyebabkan budaya tegur menegur dan nasihat menasihati hilang lenyap dalam budaya kehidupan masyarakat ,  termasuk institusi kejiranan.

Semua pihak tidak berani melaksanakan kerana sekiranya teguran dan nasihat dilaksanakan , ianya bakal membahayakan diri sendiri , keluarga dan harta benda.Akibatnya semangkin berleluasalah kepincangan yang berbentuk gejala sosial dan maksiat.Mereka bebas melakukan apa saja yang mereka ingin tanpa rasa malu , bersalah dan bertanggungjawab.Perkara ini terjadi kerana ajaran barat mengatakan bahawa kehidupan individu itu adalah urusan peribadi mereka, ia bukan urusan agama.Sedangkan islam mengajarkan bahawa islam adalah satu cara hidup menyeluruh dan tiada boleh dipisahkan antara kehidupan peribadi dan masyarakat.

Friday, 14 September 2012

Kasih Sayang.........

Malaikat diberikan akal tetapi tidak diberikan nafsu.  Oleh itu mereka tidak pernah melakukan kejahatan. Mereka tidak berminat untuk beristeri, membiak dan  beranak pinak. Binatang pula diberikan nafsu tetapi tidak diberikan akal.  Oleh itu mereka melakukan apa sahaja mengikut naluri dan nafsunya.  Mereka makan apa sahaja dan memuaskan syahwatnya dengan siapa sahaja termasuk dengan anak, ibu atau bapanya untuk membiak.  Tetapi manusia dan jin diberikan kedua-duanya – nafsu dan akal.  Nafsu manusia sama saperti nafsu binatang, yang ingin makan apa sahaja, dan ingin memuaskan nafsu syahwat dengan sesaiapa sahaja, yang melintas dihadapannya. Tetapi manusia tidak mengikut nafsunya semata-mata, kerana gerak laku manusia dikawal oleh akalnya, dan dengan panduan Allah melalui wahyu, yang diturunkan kepada Rasul-Rasulnya.Tetapi apabila manusia yang di kurniakan akal tidak dikawal oleh nafsunya tarafnya lebih hina dari  binatang.Cuba renung sejenak gambar gambar dibawah ini seolah olah haiwan melahirkan rasa manusia ,sebenarnya itulah naluri yang dikurniakan oleh Allah S.W.T , tanpanya jadilah manusia binatang.



Tanggungjawab ibu..



Tidak kira helang atau pipit ,binatang buas atau jinak didaratan mahupun dilautan semuanya ada sifat kasih saya terhadap anaknya
g.
Anak cipanzi dalam pelukan ibunya

Kasih sayang ibu..walaupun jalan yang dilalui dipenuhi ranjau dan duri

Gajah

Beruang

Kuda belang

Singa juga sayangkan anak

Betapa sayangnya biri biri terhadap anaknya

Add caption

Apabila maunusia yang dikurniakan akal ,tidak dapat menafaatkan akalnya untuk menzahirkan kasih sayang ini lah jadinya....
Manusia jadi binatang.......
Bahkan lebih hina lagi.......


Kisah Cinta 2 Ekor Mengkarung

UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG
 

INI adalah sebuah kisah benar. Terjadi di Jepun. Mengkarung, bengkarung atau cengkarung ialah nama sejenis binatang seperti cicak, tetapi lebih besar dan biasanya berwarna hijau, perang atau kelabu serta bersisik badannya dalam famili Scincidae, dalam order Squamata. Terdapat lebih 1,200 jenis spesies mengkarung.
Ketika sedang merenovasi sebuah rumah di Jepun, seseorang cuba meruntuhkan tembuknya. Biasanya, rumah di Jepun memiliki ruang kosong diantara tembuk yang dibuat dari kayu. Ketika tembok mulai runtuh, dia bertemu seekor mengkarung. Mengkarung yang terperangkap diantara ruang kosong itu, kerana kakinya melekat pada sebuah paku.

Dia merasa hiba dan kasihan apabila melihat betul-betul paku itu. Ternyata paku tersebut telah ada disitu 10 tahun lalu ketika rumah itu mula-mula dibina. Kaki mengkarung itu tidak dapat dipisahkan dan sentiasa melekat di situ selama masa itu. Apa yang terjadi? Fikirnya. Bagaimana mengkarung itu dapat bertahan dengan keadaan terperangkap selama 10 tahun?

Dalam gelap, tidak bebas bergerak sedikitpun. Mustahil, tidak masuk akal, bagaimana binatang itu boleh hidup? Dia makan apa selama 10 tahun? Manusia yang boleh berfikir itu menghentikan pekerjaannya. Direnung lagi, Diulang-ulang kata-kata.. dia makan apa ya, boleh hidup sampai 10 tahun!

Tiba-tiba muncul seekor mengkarung lain, tidak tahu dari mana datangnya, ada makanan di mulutnya. Astaghfirullah! Maha Suci Allah. Terharu manusia ini melihat binatang itu, bergenang air matanya. Ternyata ada seekor mengkarung lain yang selalu memperhatikan mengkarung yang terperangkap itu selama 10 tahun itu.

Oh. Sungguh, inilah sebuah cinta…Cinta yang indah. Cinta yang tercipta pada haiwan yang kecil seperti dua ekor mengkarung itu. Apa yang dapat diciptakan oleh cinta? Tentu saja sebuah keajaiban. Bayangkan, mengkarung itu tidak pernah menyerah kalah dalam hal rezeki. Mengkarung yang pasrah dan tidak pernah berhenti memperhatikan pasangannya selama 10 tahun. Ya, ulat dalam batu pun ada kehidupannya.

Bayangkan bagaimana haiwan kecil kerdill itu dapat memiliki kurniaan mengkagumkan dari Yang Maha Agung! Bahagialah bagi sesiapa yang mampu mengungkapkan rahsiaNya. Allahu Akbar!
sumber - Ibnu hasyim blogspot
Erti Kecantikan Seorang Wanita


APAKAH erti kecantikan pada tafsiran anda? Mungkin pada sepasang mata hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja, menjadi defi nisi cantik? Atau boleh jadi pada bibir yang tidak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi, ayah, suami dan pipi mungil anak-anak? Mungkinkah kerana suara gemersik dan hilai tawa mempersona atau tubuh badan yang mengiurkan menjadi perspektif cantik kepada anda?

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Jangankan sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefi nisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat TUHAN kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.

Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Kedutan-kedutan akan tetap terserlah meskipun kita berusaha me-nyembunyikannya. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk melalui iman dan ibadah yang berterusan yakni istiqamah.

Walaupun usia seorang wanita itu meningkat dari tahun ke tahun, tahukah bahawa kita masih kelihatan cantik dengan kedutan-kedutan yang terpalit di wajah. Kedutan-kedutan itu sebenarnya melambangkan kekuatan dan gambaran betapa kita benar-benar berjuang meneruskan kehidupan. Garis-garis halus di pinggir bibir itu menggambarkan betapa kita tidak pernah lelah untuk tersenyum meskipun badai melanda di sepanjang kehidupan.

Uban yang memutih itu pula sebenarnya sangat cantik parasnya berbanding diwarnakan. Tidak perlulah menutupinya dengan warna yang tidak asli, kerana bukankah putih itu melambangkan kesucian? Anggap sahaja sebelum ini, hitam itu melambangkan dosa yang pernah dilakukan dan semakin memutihnya rambut bererti kita sedang dalam proses membersihkan diri.

Jika ada yang melihat rambut kita memutih dan lantas mengusik, katakan sahaja kita di dalam proses ‘pemutihan’ daripada dosa. Kita sentiasa cantik dan tetap istimewa di setiap detik kehidupan. Hargai kecantikan dengan kesyukuran. Tidak kiralah sama ada sudah berumur 15, 25, 35, 50 atau 70 tahun, kecantikan tidak akan hilang selagi mengenali erti syukur yang ALLAH S.W.T harapkan.

Jika selama ini kita berasa tidak cantik, bagaimanakah cara untuk mengubah diri menjadi lebih cantik? Senang sahaja tetapi harus sabar dan istiqamah melaksanakannya. Caranya begini:

-  Jadikanlah ‘Ghadhdul Bashar’ (menundukkan pandangan) sebagai ‘hiasan mata’, nescaya akan semakin bening dan jernihlah penglihatan. Wajah yang sentiasa tunduk mampu menjaga pandangan boleh menumpulkan hati dan ingatan. Sepasang mata yang digunakan untuk pandangan luhur akan jatuh terbenam ke dalam hati lalu menerbitkan mata hati yang bersih lagi menyucikan.

- Oleskan ‘lipstik kejujuran’ pada bibir, nescaya ia akan semakin manis. Ucaplah kata-kata manis dan sopan agar telinga yang mendengar berasa selesa dan nyaman serta dapat mententeramkan hati gundah gulana.

-  Gunakanlah ‘pemerah pipi’ dengan kosmetik sifat malu yang datangnya dari ‘salon’ iman. Malu adalah perlu dalam kehidupan seorang wanita. Ia perlu ditonjolkan pada tempat, masa dan situasi yang sesuai. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Mas’ud r.a iaitu:

“Rasa malu terhadap ALLAH itu ialah supaya kamu memelihara kepala dan apa yang diingat oleh kepala itu, memelihara perut dan apa yang dikandung oleh perut itu, juga supaya kamu selalu ingat kepada kematian dan berbagai bencana seperti hancur luluhnya segala anggota badan. Barang siapa yang menginginkan selamat di alam akhirat, hendaknya ia meninggalkan perhiasan atau kemewahan duniawi. Orang yang melakukan semua itu, maka ia telah mempunyai rasa malu terhadap ALLAH  dengan sebenar-benar malu.” - Riwayat oleh Ahmad dan Tirmidzi. Dipetik dari buku Untaian Mutiara Hadits-hadits Rasulullah s.a.w. Ditulis oleh Dr. Ahmad Umar Hasyim, m/s 52

- Pakailah ‘sabun istighfar’ yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang dilakukan. Istighfar yang ikhlas mampu menjaga hati dan diri daripada mengulangi dosa yang sama. Ia juga dapat mengharumkan setiap langkah yang dilakukan tidak kira di pelosok mana kita menjejakkan kakiselagi bersandarkan ALLAH semata-mata Rawatlah rambut dengan ‘selendang islami’ yang akan menghilangkan ‘kelemumur’ pandangan lelaki. Hijab yang menutupi rambut membuatkan kita dihormati oleh lelaki yang gemar mengganggu wanita. Ini disarankan juga di dalam al-Quran yakni:

Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan jangan kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir. - An-Nur: 31

Maka, perintah ALLAH untuk menutup aurat jika direnung dengan ketulusan hati, sebenarnya untuk me- lindungi daripada ancaman bahaya, juga sebagai tanda ALLAH mengasihi kita supaya tidak diapa-apakan oleh mereka yang berniat serong. Tidaklah terlalu sukar untuk menyempurnakan cara berpakaian kerana kita sendiri tidaklah dilahirkan dengan sifat yang sempurna. Tetapi kita mampu mengubah untuk berpakaian dengan cara yang lebih sempurna. Betulkan?

- Hiasilah kedua tangan dengan ‘gelang tawaduk’ dan jari-jemari dengan cincin ukhuwah. Gunakanlah juga tangan kita itu dengan 100 kebaikan seperti berdoa, menolong orang atau memberi sedekah. Berikut adalah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang mampu menggembirakan setiap hati. Semoga kita akan bertambah yakin dengan kecantikan yang dimiliki.

Daripada Abu Dzar, dia berkata, “Pada suatu malam saya keluar, tiba-tiba saya melihat Rasulullah s.a.w berjalan sendirian, tidak ada seorang pun yang menyertainya. Saya mengira bahawasanya baginda memang tidak senang  jikalau ada orang lain yang menyertainya.” Dia meneruskan, “Saya berjalan di bawah naungan rembulan. Rasulullah s.a.w kemudian menoleh dan melihat saya, lalu bertanya, “Siapa ini?” Saya menjawab, “Abu Dzar, semoga ALLAH  S.W.T menjadikan saya sebagai tebusan anda.”

Baginda s.a.w bersabda, “Hai Abu Dzar, ke marilah.” Abu Dzar berkata, “Saya lalu berjalan menyertainya sesaat lamanya.” Beliau kemudian berkata, “Sesungguhnya orang yang banyak hartanya itu nanti akan menjadi orang yang paling sedikit pada hari kiamat, kecuali orang yang dikurniai ALLAH S.W.T kebaikan (maksudnya harta) lalu suka meniupkan yakni menafkahkan hartanya itu sebagai sedekah kepada orang yang menghajatkan di sebelah kanannya, di sebelah kirinya, di sebelah mukanya serta di sebelah belakangnya, juga berbuat kebaikan dengan rezekinya itu.” Abu Dzar berkata, “Saya meneruskan perjalanan bersama baginda sesaat lagi.” Rasulullah s.a.w bersabda, “Duduklah disini.” Baginda menyuruh saya duduk di suatu tanah yang cukup luas dan di sekitarnya itu ada beberapa batu berwarna hitam.

Baginda sekali lagi bersabda, “Duduklah di sini sehingga saya kembali kepada anda nanti.”Rasulullah s.a.w berangkat pergi di celah-celah batu- batuan sehingga saya tidak dapat melihatnya. Lama juga Rasulullah s.a.w meninggalkan saya. Kemudian sesungguhnya saya mendengarnya sedang mendatangi saya dengan mengatakan, “Meskipun dia mencuri dan meskipun dia berzina.” Abu Dzar melanjutkan ceritanya, “Setelah baginda datang, saya sudah tidak bersabar lagi, lalu saya bertanya, “Wahai Nabi ALLAH, semoga ALLAH menjadikan saya sebagai tebusan anda, siapakah yang berbicara di dekat batu-batuan tadi?”

Tiba-tiba ada suara yang mengatakan (dan ini adalah suara Malaikat Jibril a.s memberitahu kepada Nabi Muhammad s.a.w), “Berikanlah berita gembira kepada umat tuan, barang siapa yang meninggal dunia, dia tidak mempersekutukan ALLAH S.W.T dengan sesuatu, maka dia pasti dapat masuk syurga.” Saya pun berkata, “Wahai Jibril, sekalipun ia mencuri dan meskipun ia berzina?” Jawabnya, “Ya, sekalipun ia mencuri dan sekalipun ia berzina. “Masih sekali lagi bertanya, “Sekalipun ia mencuri dan sekalipun ia berzina?” Dia (malaikat) menjawab, “Ya benar, bahkanmeskipun dia minum minuman keras yakni khamar.” -  Riwayat daripada Imam Muslim. Dipetik dari buku Untaian Mutiara Hadits Rasulullah s.a.w, Ms477

-   Bedaklah wajah dengan wuduk bagi menaikkan seri muka. Mohonlah kepada ALLAH S.W.T agar diberi nur pada wajah tatkala menjadikan wuduk sebagai bedak asas.

Daripada Abu Hurairah r.h. dia berkata, aku men- dengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya umatku dipanggil pada hari kiamat dalam keadaan bersinar muka, tangan dan kakinya kesan daripada wuduk.”

Hadis ini menjelaskan fadilat atau kelebihan kepada umat Muhammad s.a.w iaitu mereka akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan keadaan bersinar muka, tangan dan kakinya kesan daripada berwuduk. Sesungguhnya ALLAH S.W.T jadikan alamat yang akan menyebabkan Rasulullah s.a.w. mengenali umatnya di akhirat nanti.

Insya-ALLAH, kita akan cukup cantik di mata penduduk langit dan sebahagian yang lain mampu menilai kecantikan dengan menggunakan mata hati. Ingatlah bahawa tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali dihiasi dengan iman kepada ALLAH S.W.T. Apabila tertegaknya di atas jalan ini, maka kitalah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan di sisi Rabb-NYA.

Namun, jika dilepaskan jalan kebenaran tersebut, menafi  dan mengingkari tuntutan agama, maka kitalah cermin kepada wanita yang murahan dan jahil dalam mengenal maksud sebenar kecantikan. Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung bintang, meskipun bermahkota bintang dan matahari terbit di ufuk timur, akan tenggelam jua kecantikan yang dimiliki.

Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mukminah yang selalu ingin kembali kepada ALLAH... ambillah nasihat ini juga sebagai makanan kecantikan tambahan. Semoga diri yang cantik akan bertambah cantik hingga memiliki kecantikan kekal abadi:
 
·        Jadikan diri seperti sepohon kurma. Iaitu apabila dilempar dengan batu ia menjatuhkan buahnya. Tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberi manfaat kepada sekalian manusia.

·        Basahkan bibir dengan ucapan zikir, bentuklah pandangan sebagai satu pengajaran dan berdiam diri adalah untuk berfi kir pada sesuatu yang baik sahaja.Berdiam diri bukan bermaksud sombong atau meninggi diri tetapi kerana melatih lidah daripada mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati pendengar lantas men- cipta dosa yang tidak disedari.

·        Ketika berdiam diri, saat itulah kita mendapat ke- tenangan dan kedamaian. Tercurah segala pujian yang baik-baik dari hati yang ikhlas. Juga ALLAH S.W.T akan menjauhkan kita daripada kesempitan, bayangan ketakutan dan gumpalan kekeruhan.

·         Tidurlah berbantalkan curahan doa, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepada kita. Saat itulah kita mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada harta, kad kredit, kereta, rumah mahupun kepada kasihnya seorang manusia, namun kepada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, tetapi kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.

·        Jadilah seorang wanita yang bermaruah dan punya kedudukan tinggi di sisi TUHANnya. Nama nya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat dan berjaya memperoleh cinta yang teragung, iaitu cinta Ya Rabb lantas jadilah wanita paling bahagia di dunia.

Kepada mereka yang tidak pernah yakin dengan kecantikan yang dimiliki,renungkanlah kisah ini. Semoga keyakinan menjadi milik kita semula. Seorang wanita tua Cina mempunyai dua bekas pasu air yang digantung di setiap penjuru galah yang dibawanya. Salah satu pasu tersebut telah retak sedikit sementara pasu yang satu lagi masih elok dan dapat mengisi air dengan penuh. Pada akhir perjalanan jauh dari sungai ke rumahnya, pasu yang retak tersebut hanya dapat sampai dengan separuh penuh air sahaja.

Keadaan ini berlaku setiap hari selama dua tahun. Maka, wanita tua itu hanya dapat membawa satu setengah pasu air sahaja. Semestinya pasu yang sempurna tersebut sangat berbangga dengan pencapaiannya. Sebaliknya, pasu yang retak itu sangat malu dengan ketidaksempurnaannya dan berasa sedih kerana hanya mampu membawa separuh sahaja air daripada sepatutnya. Setelah dua tahun berlalu dengan kepahitan dan kegagalan, pasu retak itu berbual dengan wanita tua itu di tepi sungai.

“Aku sangat berasa malu dengan diriku, kerana diriku yang retak ini menyebabkan air tertumpah di sepanjang perjalanan ke rumahmu.”

Wanita tua itu tersenyum dan berkata, “Sedarkah kamu akan bunga di batas laluan kamu tetapi tidak di batas laluan yang lagi satu? Kerana menyedari kekuranganmu, aku telah menyemai benih-benih bunga di batasan itu. Setiap hari apabila kita pulang dari sungai, tanpa disedari kamu telah menyiram benih-benih itu. Selama dua tahun aku berpeluang mencantas bunga-bunga yang cantik ini untuk menghiasi mejaku. Sekiranya kamu tidak menjadi dirimu sendiri, mungkin tiada keindahan sebegini di rumah ini.”

Yakinlah... setiap daripada kita mempunyai kekurangan. Ketahuilah bahawa kekurangan yang dirasakan itu adakalanya merupakan kekuatan buat mereka yang melihat melalui mata hati. Semoga mereka yang merasakan kekurangan atau keretakan terus hidup dan menghidu haruman kebahagiaan di sisa kehidupan yang tinggal

Monday, 10 September 2012

BICARA KASIH BUAT IBU.

APA jua panggilan bagi seorang wanita yang melahirkan anak sama ada lembut dipanggil ibu, manja dipanggil mama, penuh ketegasan dipanggil emak, penuh ciri keislaman dipanggil umi, agak kebaratan dipanggil mummy dan penuh kesantunan dipanggil bonda.

Hakikatnya apa pun panggilan yang diberi, golongan wanita ini adalah mereka yang ditakdirkan oleh ALLAH S.W.T untuk melahirkan, menjaga, mendidik, membesarkan zuriat kurnia yang paling istimewa daripada ALLAH S.W.T.  Mereka yang terpilih ini adalah mempunyai kekuatan luar biasa ALLAH anugerahkan dalam keadaan sedar atau di luar sedar.

Rasulullah s.a.w mengingatkan umatnya bahawa taraf seorang ibu itu adalah tiga tingkat lebih tinggi daripada seorang ayah. Malah di dalam al-Quran sendiri, ALLAH  meletakkan ketegasan iaitu:

“Dan TUHANmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-NYA dan hendaklah berbuat baik kepada kedua orang tua. Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya.

Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai TUHANku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil.” - Al Israa’: 23 dan 24

Ini peringatan buat kita semua tidak kira sama ada sudah melewati usia separuh abad atau setahun jagung. Pokoknya, selagi ibu dan ayah masih ada di dunia ini maka berbaktilah pada mereka. Bentuk ilham kasih sayang ibu adalah berbeza- beza dalam kalangan kelompok seorang ibu. Dahulu, mungkin kita sangat sukar memahami pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan. Benarkan?

Sewaktu kecil, saya melihat rakan sepermainan di peluk dan dicium ibu mereka. Tatkala itu, hati saya diragut cemburu dan hampa kerana tidak diperlakukan sedemikian. Lalu sebaik sahaja ibu pulang dari kerja saya terus meluahkan perasaan kepadanya. Lantas saya berkata begini, “Mama tak pernah beri kasih sayang kepada Pa!” Ibu saya lantas membalas, “Kalau mama tak bagi kasih sayang, mama takkan kerja siang malam untuk cari duit.”

Jawapan ibu pada saat itu sebenarnya telah menjarakkan hubungan saya dengannya. Sebetulnya, apa yang saya harapkan adalah belaian pelukan dan ciuman seorang ibu namun saya mungkin memandang erti kasih sayang dari sudut yang lebih jauh.

Apabila hari berganti hari dan saya meniti dewasa, saya  menjadi agak sukar untuk meluahkan masalah atau berkongsi cerita dengan ibu. Ditakdirkan saya ditugaskan bekerja jauh dan ketika itu saya mula menilai kembali mengapa saya tidak erat dengan ibu.

Sejujurnya apabila saya berpisah jauh daripada ibu, saya dapat melihat ibu mulai mengambil berat tentang diri saya, ingin tahu cerita saya dan mulai ingin mencium pipi serta memeluk saya. Saya amat kekok menghadapi situasi semua itu kerana telah berbelas tahun lamanya kami renggang atau lebih tepat saya hidup dalam dunia saya sendiri.

Benar, doa seorang ibu sangat mustajab dan akan menjadi keutamaan ALLAH S.W.T untuk dikabulkan. Mungkin berpuluh tahun ibu berharap dalam lewat doa supaya anak-anaknya menjadi soleh dan solehah. Maka sedikit demi sedikit ALLAH  S.W.T memulangkan kebahagiaan buat dirinya.

Saat ujian dan gelora hidup melanda diri, saya sedari bentuk curahan kasih sayangnya kepada saya. Ibu jualah yang paling setia berada di sisi saat saya jatuh tersungkur. Pelukan hambar seorang ibu itu menjadi hangat kembali dan meresapi jiwa saya yang lemah. Ibu berkali-kali mengingatkan saya untuk menjadikan al-Quran sebagai pegangan hidup dan penguat jiwa serta tidak putus berdoa.

Tetapi sesuatu yang saya kesali apabila air mata ibu jatuh kerana saya. Titisan air mata ibu adalah nilai kasih sayangnya kepada saya! Sedangkan saya sentiasa meletakkan janji untuk tidak melukakan hatinya sampai bila-bila.

Ternyata saya gagal melaksanakan janji tersebut. Oh, sehingga kini masih terbayang titisan air mata ibu mengalir bukan kerana memarahi atau membenci sebaliknya ia merupakan bukti kasih sayang yang saya cari selama ini.

Pada saat itu, fikiran mula terbayangkan kasih sayang ibu kepada anak-anaknya. Ibu saya sentiasa bangun awal pagi dan menyediakan makanan buat kami adik-beradik. Walaupun kini semuanya telah besar panjang, apabila kami pulang ke rumah pasti ibu akan memasak pelbagai juadah yang lazat dan meskipun mulutnya sering membebel agar mengawal pemakanan dan tidak makan terlalu banyak!

Bicara seorang ibu itu belum tentu menzahirkan apa yang terbendung di hati, benarkan? Ibu sering mengingatkan agar tidak makan banyak, tetapi lauk yang dimasaknya sudah boleh menambah berat badan dalam tempoh yang singkat. Inilah peryataan sayang daripada ibu saya.

Ternyata kasih sayang itu tidak boleh diukur dan dipersembahkan dengan fizikal atau material kerana ia berbeza dengan ibu-ibu yang lain. Memukul bukan membenci tetapi mahu mendidik, meninggi suara bukan untuk me nakutkan  tetapi ingin membentuk rasa hormat. Setiap orang mempunyai  cara tersendiri, renunglah mata mereka kembali dan fikirkan bagaimana bentuk kasih sayang seorang ibu kepada kita.

Di sini saya mengekspresi rasa kasih sayang saya kepada ibu melalui coretan bisu ini. Harap ibu saya akan lebih mengerti kenapa saya sangat sukar menyatakan ucapan sayang tetapi jauh di sudut hati, kasih sayang saya kepadanya teramat tinggi. Mudah-mudahan mereka gembira melahirkan saya! Walaupun ditakdirkan bujang, tidak bererti saya tidak mampu membahagiakan kedua ibu bapa saya...

Dari Kaca Mata Seorang Ibu Tentang Poligami

Terjahan ayat pertama yang pasti terlontar ialah, “Ibu mana yang tak sayang anak” atau “Ibu mana yang sanggup melihat anak menderita.” Ketika saya di tanah suci Mekah, seorang ibu pernah berkata pada saya, “Seorang ibu itu akan sanggup membunuh kalau ada orang lain merosakkan hidup anaknya.” Mendengarnya, saya tersenyum sendiri. Begitu dalam kasih ibu!

Saat seorang anak menyatakan pada ibu niat ingin berpoligami yakni sama ada menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat, pasti gundah perasaannya. Kenapa ibu berasa begitu?

Pertama sekali, ibu akan berfikir bagaimana kelak hidup anaknya, bahagia atau derita?

Kedua, ibu akan memikirkan, mampukah bakal suami anaknya berlaku adil dalam segala soal?

Ketiga, seorang ibu akan berfikir akan kekalkah hubungan yang terjalin dan bagaimana penerimaan madunya?

Keempat, si ibu pasti akan berfikir apa pula pandangan masyarakat terhadap anaknya kelak?

Kelima,  adakahnya anaknya sudah dibomohkan?

Nah, ini adalah soalan demi soalan yang akan lahir di benak ibu. Wahai si anak, inilah pertimbangan yang ibumu fikir selepas kita menyatakan keinginan untuk berpoligami! Maka tidak perlu meneka-neki apa yang ibu kita fikirkan. Telah tersedia jawapan di dalam naskhah ini.

Kenapa seorang ibu berfikir sedemikian?

Seorang ibu itu tidak sanggup melihat anak yang dilahirkan hidup berendam air mata kerana khuatir anaknya tidak kuat mengharungi dugaan hidup yang melanda.

·   Seorang ibu bukan berniat untuk memandang rendah kepada bakal suami anaknya tetapi seorang ibu itu menimbang, adakah ciri-ciri bakal suami yang ingin berpoligami itu mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w atau mampu berlaku adil terhadap rumah tangga. Ibu itu pasti risau, kalau anaknya itu dipergunakan. Ibu kita telah melewati hidup yang lebih panjang maka pengalamannya meniti hidup adalah lebih berbanding dengan si anak.

·   Ibu pasti berasa khuatir seandainya dia membenarkan berpoligami dan kemudiannya hidup kita dirundung derita kerana si madu tidak dapat menerima kehadiran kita. Si ibu mungkin mempunyai imaginasi yang lebih dalam di mana mungkin si ibu membayangkan kita dianiaya oleh madu secara mental atau fizikal.

·   Cemuhan dan pandangan negatif pasti muncul di sekeliling kita. Sinonim dengan perkataan perampas, pemusnah dan peruntuh rumah tangga orang. Ibu pasti tidak dapat menutup mulut-mulut yang menghina tetapi hanya mampu melindungi dengan tidak mengizinkan menjadi madu di dalam poligami.

·   Ini mungkin terjadi, ibu mulai curiga dengan perubahan sikap dan mengesyaki kita telah ‘ditundukkan’ jika sebelum ini ibu melihat kita seorang yang tegas, mempunyai pendirian dan mementingkan keluarga. Namun selepas kita mengenali si dia, segala nasihat dan pandangannya tidak lagi diambil peduli. Melawan kata-kata ibu dan bertindak bermatian mempertahankan si dia boleh membuat ibu berfikir kita benar-benar dibomohkan!


Inilah kasih ibu tetapi dalam bentuk penyampaian yang berbeza. Ibu itu bersikap pelindung. Sedaya upaya ibu akan melindungi anak-anaknya meskipun satu masa nanti akan dicerca oleh anak sendiri.

Mengapa kita harus membenci ibu apabila dia mengatakan ‘tidak’ tatkala kita ingin melibatkan diri dalam poligami? ‘Tidak’ itu adalah gambaran cinta ibu kepada kita.

Bukanlah bermaksud ‘Ya’ itu tidak menyayangi, sebaliknya ‘Ya’ di dalam memberi keizinan, ia juga isyarat kasih ibu yang tidak terperi di mana ia menandakan apa jua rintangan yang bakal diharungi, ibu akan sentiasa bersama. Ibu juga akan menjadi bahu untuk kita melepaskan lelah di dalam ujian yang bakal ditempuhi.  Besar bukan kasih sayang ibu itu?

Ibu dan Hari Tuanya

Tidak kusedar waktu telah menelan kecantikanmu
Ada garis halus mula menghiasi dahi dan senyumanmu
Ada lelah terpamer di matamu
Ada risau yang masih tersimpul di fi kiranmu
Rehatlah ibu... menikmati hari tuamu
Biar aku menjaga dan membahagiakanmu pula.

Ibu adalah insan yang sangat berjasa. Titisan air mata seorang ibu yang jatuh apabila dilukai bagaikan satu hukuman berat yang tersedia oleh ALLAH S.W.T yang bakal dirasai. Ibu, harus dihormati, dikasihi dan dilindungi apabila dirinya  mula meniti usia tua.

Tanpa kita sedari wajah ibu semakin dimamah usia dan daripada setiap hela nafas yang terhembus telah mengurangkan jangka hayatnya. Lihatlah di wajahnya saat dia sedang tidur keletihan. Kirakan garis-garis kedut yang mengekal di wajah itu. Adakah semakin kurang atau bertambah? Semakin banyak kedut yang tergaris, sebanyak itulah kesabarannya mengharungi hidup.

Seorang ibu tua tidak lagi memandang material sebagai sesuatu yang menjadi keutamaan. Sebaliknya, jauh di sudut hati mereka mengharapkan anak-anak dapat meluangkan masa bersama kerana baginya masa di dunia semakin pendek.

Bukan lambakan hadiah yang diharapkan, tetapi seorang ibu tua itu ingin melihat senyuman yang terukir di wajah anak- anaknya dan memahatkan senyuman mereka di ingatan.

Banyak kali dia memanggil dan menyeru untuk berjumpanya, kerana sebanyak itu juga dia sedang berusaha mengingati wajah anak yang dilahirkan. Pasti dia juga bimbang, kalau-kalau tidak  dapat mengingati rupa paras anak sendiri. Khuatir pula kepada penyakit nyanyuk!

Ibu akan sering berasa kesunyian meskipun hari-hari yang berlalu diisi dengan beribadat. Hakikatnya, seorang ibu tua sedang menghitung berapa hari lagi nyawanya masih dipinjamkan. Kadang-kadang, ibu takut untuk menyatakan rasa rindunya kerana tidak mahu mengganggu anak-anak yang sibuk mengejar dunia. Takut pula menjadi beban atau paling teruk bimbang jika dihantar ke rumah jagaan orang tua. Maka, senyap dan memendam adalah cara terbaik untuk menghabiskan sisa usianya.

Ibu mana yang berbesar hati dihantar ke rumah orang tua? Ibu mana yang rela disisih daripada hidup anaknya? Pusat penjagaan orang tua bukan neraka lahiriah buat ibu kerana fasiliti terbaik yang tersedia, ada kawan yang menemani, ada pekerja yang merawat namun adakah sama rasanya berada di rumah yang dihuni bersama anak?

Tentu sekali tidak! Makanya, ia neraka batiniah untuk seorang ibu. Ibu akan menanggung derita hati kerana disisih, malamnya akan berlagu sepi kerana tangisnya sendiri. Dan alangkah takutnya, saat ibu melabuhkan pengaduan kepada yang Maha Esa. Meskipun si ibu tidak menyatakan, namun ALLAH S.W.T itu Maha Mengerti. Tidak perlu beritahu, ALLAH S.W.T tetap tahu!

Seorang anak yang menghantar ibunya ke rumah jagaan orang tua adalah insan yang telah merendahkan martabat seorang ibu dan merendahkan maruah dirinya sebagai seorang anak!  Dapatkah kita membayangkan suatu masa nanti perbuatan yang dilakukan akan berbalik kepada diri sendiri, malah mungkin lebih teruk daripada itu. Sewaktu itu, penyesalan tiada maknanya lagi.

Bagi yang telah menghantar ibu ke pusat jagaan orang tua, lihatlah mata ibumu dalam-dalam, tenung dengan keikhlasan. Adakah itu kehendak nya? Yang sedang melakukan pertimbangan, fi kirkan kembali sebelum datang penyesalan yang tidak terperi. Saat membuat keputusan menghantar ibu ke pusat jagaan orang tua, saat itu ALLAH S.W.T memerhatikanmu dengan teliti dan menarik sedikit demi sedikit kurniaan-NYA. Bagi yang belum terfikir, jangan langsung cuba menimbangnya!

Manusia dilahirkan akal yang panjang untuk mencipta alasan. Pokok pangkalnya, siapa yang melahirkan dan membesarkan kita adalah insan yang berhak dihormati, disanjungi dan dipelihara kasih sayang seutuhnya. Muhasabahlah tindakan kita terlebih dahulu sebelum membuang ibu jauh dari hidup. Nilaikan jawapan kita dengan soalan-soalan ini:

-Siapa yang menanggung sakit pada saat kita masih di alam rahim?

-Makanan/minuman apakah yang diminum/makan saat kita celik dan melihat dunia buat pertama kali? Siapakah yang menahan sakit saat kita begitu teruja ingin keluar dari alam rahim untuk melihat dunia?

-Air mata siapakah yang mengalir keluar kerana kita?

-Siapakah yang akan bangun malam saat kita menangis kelaparan?

-Siapakah yang mengusap-usap kita supaya lena tidur?

-Siapakah yang menjaga kita pada saat jatuh sakit ketika masih bayi?

-Siapakah yang mencuci najis saat kita masih tidak mampu melakukannya?

-Siapakah yang menjadi pahlawan membunuh nyamuk saat nyamuk ingin menggigit?

- Siapakah yang kita panggil saat mulai belajar berkata-kata?

- Siapakah orang pertama kita jumpa saat keluar haid yang pertama?

- Siapakah yang menyediakan pakaian saat hari raya menjelma?

-Siapakah insan yang selalu kita labelkan sebagai membebel?

-Siapakah yang akan memujuk saat ayah mengamuk?

- Siapakah yang membantu saat kita kesesakan?

- Siapakah yang paling gembira saat mengetahui anaknya disunting?

- Siapakah yang paling sibuk menguruskan hal perkahwinan anaknya?

- Siapakah yang akan mengalirkan air mata saat sah kita diijabkabul?

- Siapakah yang paling teruja saat mengetahui anaknya hamil?

- Siapakah yang paling banyak memberikan nasihat dan petua saat sedang sarat?

- Siapakah yang siang malam berdoa memastikan kita dan kandungan selamat?

- Siapakah yang kita ingat saat sedang menahan sakit bersalin selain ALLAH?

- Siapakah yang paling risau saat kita mengerang kesakitan di bilik bersalin?

- Siapakah insan yang kita minta bantuan menjaga anak saat terpaksa menghadiri kursus?

- Siapakah insan yang kita cari saat dugaan rumah tangga melanda diri?

- Siapakah insan yang paling kurang kita ucapkan terima kasih di atas pengorbanan yang diberi?

Apakah jawapan kita di setiap persoalan tadi? Setelah mempunyai jawapan, masih tergamakkah untuk menghantarnya ke rumah orang tua? Masih tergamakkah untuk mengenepikan dan membantahnya? Jika zaman muda remaja kita kerap membantah, itu adalah kerana kementahan tetapi sekiranya tahap dewasa ini masih membantah, itu adalah keegoan dan kejahilan sendiri.

Ibu adalah insan pertama yang harus dibalas jasanya. Bayangkan sehingga ke soalan terakhir sekali pun, masih belum cukup menghuraikan pengorbanan seseorang ibu. Apa yang ibu sangat perlukan tatkala senja meniti hari?

Sama seperti yang kita inginkan sewaktu kecil dahulu, iaitu perhatian! Peruntukkan masa yang mencukupi bersamanya. Sekiranya kita sedang bersukaria, jangan sesekali melupakannya. Contohnya, jika ingin bercuti bersama keluarga alangkah bahagia sekiranya kita mengajak ibu dan bapa untuk turut serta.

Mereka pasti sangat gembira kerana berasa dihargai dan tidak disisihkan. Fikirkan, ibu bapa yang sudah tua tidak akan mampu bercuti berdua sekiranya tidak disertai oleh anak-anak.

Alangkah sedih, andai kita sedang bercuti dan berseronok sedangkan mereka terperap di rumah menanti khabar! Janganlah mengeluh, leceh atau rumit kerana hidup mereka terlalu singkat untuk menyusahkan. Sedangkan kita telah menyusahkan mereka berpuluh-puluh tahun lamanya dan paling menarik, mereka tidak pernah mengeluh membesarkan kita!

Jika percutian yang dirancang hanya untuk keluarga (mentua) sahaja dan mengekang kita untuk mengajak kedua ibu bapa turut serta, apa salahnya jika membelikan mereka buah tangan sebagai tanda tidak melupakan mereka. Kita seorang yang tidak pandai menghargai mereka yang berjasa sekiranya pulang daripada bercuti dan menyatakan kepadanya yang kita tidak membeli apa-apa barang sepanjang percutian. Pasti mereka berkecil hati.

Ya, mereka tidak akan menyatakannya, tetapi fikir-fikirkanlah!

Sebagai anak, biarlah kita berasa sedikit susah dalam membahagiakan mereka kerana mereka pernah bersusah payah demi kita suatu masa dulu. Mereka sanggup mengikat perut dan mengawal perbelanjaan demi memastikan kehidupan kita walaupun tidak mewah tetapi mencukupi.

Seperti kedua orang tua saya lakukan dahulu, ketika itu kami sangat ingin menikmati burger A&W sedangkan mereka tidak begitu mampu. Namun mereka tetap memenuhi hajat dengan hanya membelikan untuk kami adik-beradik.

Mereka pula hanya melihat kami menikmatinya dan memakan baki timun yang ditolak tepi kerana rasa masam yang tidak disukai! Sungguh... terlalu besarnya jasamu.

Seingat saya, ibu selalu membelikan kebab daging kegemaran kami, tetapi yang dibeli hanya satu (kemampuan ibu saat itu). Setelah itu ibu akan menjadikannya tiga potongan agar kami dapat merasa sama sikit.

Tatkala melewati warung kecil kebab itu, saya akan mengingati peristiwa itu. Kini, satu keping roti kebab itu saya sudah mampu makan seorang diri tanpa perlu berkongsi, tetapi ia tidak seenak kebab yang dibeli ibu suatu ketika dahulu. Oh, inilah harga sebuah pengorbanan yang tiada nilai kerana sehingga kini saya masih belum dapat membayarnya walau dengan segunung harta!

Kisah Anak yang Memuliakan Ibu Bapa

Mari, kita hayati cebisan hikayat hikmah ini. Mudah-mudahan banyak pengajaran yang akan diperolehi. “Pada zaman Nabi Musa a.s, ada seorang pemuda yang memuliakan ibu bapanya. Lalu Nabi Musa a.s pergi ke rumah pemuda itu untuk melihat apakah amalan yang dilakukannya itu. Setelah memberi salam pemuda itu menjemput Nabi Musa a.s masuk ke rumahnya. Baginda pun duduk di ruang tamu.

Namun pemuda itu tidak melayan Nabi Musa a.s dan hairanlah baginda akan tingkah laku pemuda itu. Pemuda itu terus masuk ke dalam bilik kemudian membawa seekor khinzir betina. Dia mendukungnya dengan cermat, kemudian memandikannya. Nabi Musa sekali lagi kehairanan dan berbisik sendiri di dalam hatinya, ‘Apakah ertinya semua ini?’

Khinzir itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu ia dilap hingga kering serta dipeluk dan dicium kemudian dihantar semula ke dalam bilik tadi. Selepas itu pemuda itu keluar semula dengan seekor khinzir jantan pula dan lebih besar sedikit daripada yang tadi dan diperlakukan seperti khinzir yang sebelumnya juga. Selepas semua kerja selesai barulah dia melayan Nabi Musa a.s. Lalu Nabi Musa a.s bertanya kepada pemuda itu tadi,

“Apakah agama tuan hamba?”

“Islam agamaku,” jawab pemuda itu ringkas.

“Habis kenapa kamu membela khinzir?” tanya Nabi Musa a.s lagi.

“Wahai tuan hamba kedua-dua khinzir yang aku dukung dan aku mandikan itu tadi ialah ibu bapa kandungku. Oleh sebab mereka banyak melakukan dosa besar, ALLAH telah menukarkan rupa mereka kepada rupa khinzir yang hodoh.

Soal dosa mereka dengan ALLAH itu soal lain, itu urusannya sama ALLAH. Aku sebagai anak tetap melaksanakan tanggungjawabku kepada mereka berdua. Hari-hari aku berbakti kepada kedua orang tuaku itu sepertimana yang tuan hamba  lihat tadi. Setiap hari aku berdoa semoga ALLAH mengembalikan rupa mereka yang asal, tetapi ALLAH belum lagi mengkabulkannya lagi.”

Maka ketika itu juga ALLAH  berfirman dan menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s, “Wahai Musa inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti hasil bakti yang sangat tinggi kepada ibu bapanya.

Oleh itu kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi KAMI.” ALLAH berfirman lagi yang bermaksud, “Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh di sisi KAMI, maka KAMI angkat doanya. Tempat ibu bapanya yang sebelum ini di neraka telah ditukarkan ke syurga.”

Subhanallah!
-copy paste from Sinar Harian /Tika Bidadari berbisik

Saturday, 8 September 2012

ARAB SAUDI – PEROGOL DIHUKUM  PANCUNG
Riyadh:-   Seorang lelaki warga Saudi yang dituduh merogol seorang wanita anggota keluarganya ,dipancung di bandaraya ini semalam.Dalam kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita Arab Saudi , Kementerian Dalam Negeri berkata , Faleh Ali Otaibi didapati bersalah atas tuduhan merogol dan meliwat.Dia melakukan kesalahan itu ketika mabuk.Identiti mangsa tidak di dedahkan.Faleh ia orang ke 53 dihukum pancung di Arab Saudi tahun ini.Menurut rekod Kumpulan Hak Asasi Manusia , seramai 79 orang menjalani hukuman tahun lalu.Selain membunuh , hukuman pancung di Arab Saudi dikenakan keatas pesalah kes merogol , murtad dan merompak menggunakan senjata.
Sumber- Harian Metro 8hb Sept 2012.

MALAYSIA – PEROGOL DIHUKUM BERKELAKUAN BAIK
Putrajaya – Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan terselamat daripada hukuman penjara apabila Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan nya bagi mengekal keputusan Mahkamah sesyen membebaskanya dengan perentah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM 25,000. kerana merogol gadis lima tahun.
Panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Raus Md Sharif sebulat suara mengenepikan tempoh penjara lima tahun yang dikenakan keatas Noor Afizal oleh Mahkamah Tinggi Melaka kerana membenarkan rayuan pendakwaan bagi meningkatkan hukuman.Dalam keputusanya, Raus bersetuju dengan ppeguan Noor Afizal , Hisyam Teh Poh Teik bahawa kepentingan awam tidak akan dilaksanakan jika Noor Afizal ke penjara memandangkan dia mempunyai masa depan yang baik.
Hakim hakim Mahkamah Rayuan Datuk K.N.Segara dan Datuk Azhar Ma’ah adalah dua lagi hakim yang bersidang sebagai panel.
Pada 5 julai tahun lepas , Mahkamah Sesyen Melaka melepaskan Noor Afizal dengan bon jaminan berkelakuan baik selama lima tahun bernilai RM 25,000 dengan seorang penjamin selepas mengaku salah merogol seorang gadis bawah umur disebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka antara 12.30 pagi dan 5.00 pagi pada 5 june 2009.
Mahkamah Sesyen dalam perentahnya itu menimbang beberapa faktor termasuk ia adalah hubungan seksual tanpa paksaan antara dia dan gadis itu.
Dia dijatuhkan hukuman penjara lima tahun pada 20 September tahun lepas dengan membenarkan yang menbenarkan rayuan dibuat oleh pehak pendakwaan yang tidak puashati dengan keputusan mahkamah sesyen untuk mengikat jaminannya.
Dia dibenarkan ikat jamin RM 6,000 dengan seorang penjamin sehingga rayuanya kepada Mahkamah Rayuan.
Noor Afizal mewakili Negeri Sembilan antara 2004-2010 dan pada masa yang sama mewakili Malaysia dalam katogori remaja selama lima tahun antara 2004-2008.Dia juga bertanding dalam kejohanan terbuka antarabangsa Thailand ,April lalu.
Dia dijangka mewakili kedah dalam beberapa kejohanan akan datang seperti kejohanan terbuka antarabangsa Kuala Lumpur 2012.
Pendawaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya Nadia Hanim Mohd Tajuddin:-
Sumber :-Blog Rojak Pasembor