Tuesday, 16 October 2012



Fadhilat & Kelebihan melaksanakan ibadah korban

 


korban


1. Keampunan.-
Titisan darah qurban yang pertama adalah merupakan pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu iaitu sebagai penebus dosa yang telah dilakukan.
‘Imran bin Hushain radhiallahu ‘anhushallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Sayyidatuna Fatimah radhiallahu ‘anha: meriwayatkan bahawa Rasulullah
Maksudnya: “Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) qurbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu.”
(Hadis riwayat al-Hakim)


2. Kebajikan (hasanah) yang dikurniakan kepada orang yang berqurban adalah sebanyak bulu binatang yang diqurbankan.
Zaid bin Arqam radhiallahu ‘anhu meriwayatkan:
Maksudnya: “Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada qurban itu?” Rasulullah menjawab: “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim” Mereka berkata: “Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?”Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu kebajikan” Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

3. Darah qurban yang tumpah ke bumi akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah subhanahu wa ta‘ala.
‘A’isyah radhiallahu ‘anha meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Qurban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang qurban). Sesungguhnya binatang qurban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah qurban itu sebelum darah binatang qurban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah qurban kamu.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi,Ibnu Majah dan Hakim)

4. Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim di akhirat kelak.
Sabda Nabi Muhammad SAW (maksudnya): “Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu di titian pada Hari Qiamat”.
“Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan.” (al-Hajj : 36-37)


Wallahualam.

Monday, 15 October 2012


MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN LELAKI MEMAKAI EMAS




Dari Abi Musa RA bahawa Rasulullah saw bersabda, ”Telah diharamkan memakai sutera dan emas bagi laki-laki dari umatku dan dihalalkan bagi wanitanya..” [HR Tirmizi dengan sanad hasan sahih]

1400 tahun yang lalu, setiap kali perintah Allah SWT turun melalui RasulNya, para sahabat tak pernah bertanya dan langsung melakukannya ketika itu juga. Hampir jarang ada penjelasan ilmiah. Dan biasanya kemudian, pada beberapa ratus tahun lagi tersingkap kebenaran misteri dalam berbagai perintah Rasul itu. Begitu pula dengan larangan lelaki memakai perhiasan dibuat dari emas termasuk emas putih.

Secara medis, inilah fakta kenapa hal itu berlaku dalam Islam. Para ahli fizik telah menyimpulkan bahawa atom pada emas mampu menembus ke dalam kulit dan masuk ke dalam darah manusia. Dan jika lelaki mengenakan emas dalam jumlah tertentu dan dalam jangka waktu yang lama, maka dampak yang ditimbulkan iaitu di dalam darah dan air kencing akan mengandungi atom emas dalam peratus yang melebihi had (dikenali dengan sebutan ” Migrasi Emas “).

Dan apabila ini terjadi, maka akan mengakibatkan penyakit Alzheimer. Alzheimer adalah suatu penyakit dimana orang tersebut kehilangan semua kemampuan mental dan fizik serta menyebabkan kembali seperti anak kecil. Alzheimer bukan penuaan normal, tetapi merupakan penuaan paksaan atau terpaksa. Dan mengapa Islam membolehkan wanita untuk mengenakan emas ? Wanita tidak menderita masalah ini karena setiap bulan, partikel berbahaya tersebut keluar dari tubuh wanita melalui keuzuran.

Fakta: Pakar perubatan di China telah membuat rawatan ‘Negatively Charged Gold Nanoparticles’ untuk mengubati Alzheimer.

Mahabesar Allah. Wallahualam.

Saturday, 15 September 2012

Aku Cinta Kamu Dalam 100 Bahasa..

 
 
 
'CINTA' adalah umum kepada sesiapa pun boleh. Hanya Cinta yang agung kepada Yang Maha Agung. Cinta kepada Pencipta. Cinta kepada manusia perlukan berbagai bahasa menurut lafaz bangsanya. Di sini 'Aku Cinta Kamu' diperturunkan dalam 100 bahasa...

Afrika – Ek het jou lief
Albania – Te dua
Arab – Ana behibak (kepada lelaki)
Arab – Ana behibek (kepada wanita)
Armenia – Yes kez sirumen

Bambara – M’bi Fe
Bengali – Ami tomake bhalobashi (dibaca: Amee toe-ma-kee bhalo-bashee)
Belanda – Ik hou van jou
Belarusia – Ya tabe kahayu
Bisaya – Nahigugma ako kanimo
Bulgaria – Obicham Te

Cina Canton – Ngo oiy Ney a
Cina Mandarin – Wo ai ni
Catalan – T’estimo
Cherokee – Tsi Ge yu i
Cheyenne – Ne mohotatse
Chichewa – Ndimakukonda
Corsica – Ti tengu caru (to male)
Creol- Mi aime jou
Ceko – Miluji Te

Denmark – Jeg Elsker Dig
Esperanto – Mi amas vin
Estonia – Ma armastan Sind
Ethiopian – Afgreki’
Faroese – Eg elski teg
Farsi- Doset daram
Filipina – Mahal kita
Finnish – Mina rakastan sinua
Frisian – Ik hâld fan dy

Gaelic – Ta gra agam ort
Georgia – Mikvarhar
Greek – S’agapo
Gujarati – Hoo thunay prem karoo choo
Hiligaynon – Palangga ko ikaw
Hawai -Aloha Au Ia`oe
Hebrew – “Ani ohev otcha” (kepada lelaki dikatakan oleh lelaki), “Ohevet
ot’cha” (kepada lelaki dikatakan oleh wanita)
Hebrew – “Ani ohev otach” (kepada wanita dikatakan oleh lelaki), “Ohevet
Otach” (kepada wanita dikatakan oleh wanita)
Hiligaynon – Guina higugma ko ikaw
India – Hum Tumhe Pyar Karte hae
Inggeris – I love you
Hmong – Kuv hlub koj
Hopi – Nu’ umi unangwa’ta
Hungaria – Szeretlek

Icelandia – Eg elska tig
Ilonggo – Palangga ko ikaw
Indonesia – Aku cinta kamu
Inuit – Negligevapse
Irish – Taim i’ ngra leat
Italia – Ti amo
Jepang – Aishiteru atau anata ga daisuki desu
Jerman – Ich liebe dich
Jerman-Swiss – Ich lieb Di

Kamboja – Soro lahn nhee ah
Kannada – Naanu ninna preetisutene
Kapampangan -Kaluguran daka
Kiswahili- Nakupenda
Konkani – Tu magel moga cho
Korean – Sarang Heyo atauNanun tangshinul sarang hamnida
Kroasia -Volim Te
Latin – Te amo
Latvia – Es tevi milu
Libanon -Bahibak
Lithuania – Tave myliu
Luxembourg – Ech hun dech gäer

Macedonia -Te Sakam
Malaysia – Saya cintakan mu atauAku cinta padamu
Malayalam – Njan Ninne Premikunnu
Maltese -Inhobbok
Marathi – Me tula prem karto
Mohawk (Suku Indian)– Kanbhik
Maroko – Ana moajaba bik
Nahuatl – Ni mits neki
Navaho -Ayor anosh’ni
Norwegia – Jeg Elsker Deg
Pandaca -Syota na kita!
Pangasinan -Inaru Taka
Papiamento – Mi ta stimabo
Persia – Doo-set daaram
Pig Latin – Iay ovlay ouyay
Polandia – Kocham Ciebie
Portugis – Eu te amo
Prancis – Je t’aime, Je t’adore

Rumania – Te iubesc
Russia – Ya tebya liubliu
Scot Gaelic-Tha gra\dh agam ort
Serbia – Volim te
Setswana -Ke a go rata
Sindhi- Maa tokhe pyar kendo ahyan
Sioux – Techihhila
Slovak – Lu`bim ta
Slovenian – Ljubim te
Spanyol – Te quiero atauTe amo
Swahili -Ninapenda wewe
Swedia – Jag alskar dig
Suriname – Mi lobi joe

Tagalog – Mahal kita
Taiwan -Wa ga ei li
Tahitian – Ua Here Vau Ia Oe
Tamil – Nan unnai kathalikaraen
Telugu – Nenu ninnu premistunnanu
Thailan – Chan rak khun (kepada pria)
Thailan – Phom rak khun (kepada wanita)
Thailan (informal) – Rak te
Turki -Seni Seviyorum

Ukrainia – Ya tebe kahayu
Urdu – mai aap say pyaar karta hoo
Vietnam – Anh ye^u em (kepada wanita)
Vietnam – Em ye^u anh (kepada pria)
Welsh -’Rwy’n dy garu di
Yiddish – Ikh hob dikh
Yoruba – Mo ni fe

blog : Ibnu Hasyim
Menangani masalah sosial

Tok Guru Nik Aziz pernah berkata “ Islam ajar kita ,apabila manusia selalu diawasai olih Raqib dan Atiq , walaupun ada ibu bapa , guru ustaz , polis dan askar ada lagi Allah Yang maha Mengawasi.Mari kita bersama sama ‘besar besarkan’ kesedaran ini.Inilah cara untuk menangani masalah sosial yang sangat kriktikal , sekarang ini semangatnya ialah sekalipun polis tiada Allah tetap ada dan sentiasa melihat perbuatan kita”

Raqib dan Atiq adalah dua malaikat menjadi teman karib yang selalu berada disisi kita dan setia dengan tugas sebagai pencatit amalan manusia.

Firman Allah s.w.t ; “ Tiada sesuatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada disisinya malaikat pengawas yang selalu hadir” –Surah Qaf : ayat 18

Hari ini umat islam berhadapan dengan berbagai bagai isu sosial , khususnya yang melanda remaja.Ini berikutan teknologi yang semakin maju dan mencabar.Jika masalah ini tidak dapat ditangani akan mengakibatkan kemusnahan ummah , agama dan negara , kerana kecemerlangan mereka adalah tanda kecemerlangan negara pada masa akan datang.

Dari kajian menunjukan bahawa menjelang abad ke 21 , keruntuhan akhlak para remaja semangkin parah.Saban hari baik dimedia massa mahupun media eletronik kita dipaparkan dengan gejala jenayah rogol , dadah ,dedah ,sumbang mahram , anak luar nikah , pembuangan bayi ,rompak ,samun , bunuh ,peras ugut , rasuah dan penyalahgunaan kuasa semangkin meningkat.Paling membimbangkan aktiviti jenayah ini dilakukan oleh orang melayu yang beragama islam.Ramai orang melayu islam pada hari ini sedang dilanda masalah keluarga seperti penceraian , kurang kemahiran keibubapaan dan lain lain.Ini telah memberi kesan buruk terhadap pembentukan peribadi dan rohani setiap remaja sehingga akhirnya
mereka hilang jati diri.


Kesan penyalahgunaan dadah di negara kita juga semangkin dirasai , apabila generasi muda yang terlibat bukan sahaja tidak mampu menyumbang kepada pembangunan bahkan menjadi perosak yang meresahkan mayarakat dan negara.

Dalam hal ini semua pihak perlu sama sama menjalankan tugas masing masing.Satu langkah berkesan mesti diambil kearah penyelesaianya.Pihak yang paling utama dan berpengaruh dalam kes ini adalah kerajaan , kerana mereka mempunyai kuasa penentu yang kuat dalam meluluskan atau melaksanakan sesuatu samada buruk ataupun baik.Sepatutnya pihak kerajaan memantau segala masalah yang dihadapi remaja supaya mereka tidak terlalu bebas dan liar.Disamping itu pehak kerajaan perlu mengadakan sekatan keatas kegiatan baru yang dianggap mencemar imej agama , bangsa dan negara.Memandangkan dunia sekarang penuh dengan cabaran tugas kerajaan semangkin berat dalam menentukan haluan tuju negara.

Ibu bapa juga memainkan peranan penting demi menjamin anak anak mereka mendapat didikan sempurna , khususnya didikan agama, kerana didikan agama berupaya membentuk perisai dalam diri anak anak , bila berdepan dengan cabaran hari ini dan masa depan.Bagi memastikan pendidikan berkesan ibu bapa mestilah melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran keibubapaan serta mengamalkan nilai nilai murni yang akan menjadi contoh teladan kepada anak anak terutama dalam hal berkenaan dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T.

Para guru pula mestilah memastikan pendidikan diberi dalam kelas bukan sekadar untuk lulus peperiksaan semata mata tetapi mampu membentuk jiwa yang jernih dan akhlak yang luhur serta bebas dari keinginan untuk terbabit dengan aktiviti jenayah.

Media pula tidak boleh sama sekali menghidangkan kepada masyarakat bahan bahan yang mampu merangsang nafsu dan akhlak liar.Sebaliknya cerita cerita yang membawa keinsafan , membina pengetahuan dan membentuk peribadi yang luhur hendaklah dibudayakan dalam penulisan.Tetapi hakikatnya apa yang berlaku disekitar kita adalah sebaliknya.Rialitinya ,kita dapati kebanyakan media banyak memaparkan hiburan yang melampau ,aksi aksi ganas yang keterlaluan yang melanggar nilai nilai islam ,sehingga memberi kesan nagatif kepada pembentukan sahsiah para remaja.

Pihak polis dan penguatkuasa lain juga perlu mengambil tindakan yang berkesan bagi memastikan aktiviti jenayah dapat dihalang ke akar umbi daripada berlaku.Mereka boleh meningkatkan rondaan dikawasan yang bermasalah , dan pemasangan cctv dikawasan hotspot , mewujudkan sistem sektor untuk menjalin hubungan mesra dengan masyarakat disamping mendapatkan maklumat.Mengadakan operasi bersama dengan jabatan penguatkuasa yang lain serta bantuan tenaga dari RELA dan JPAM adalah satu langkah yang baik.

Disamping itu juga masyarakat mestilah melaksanakan tanggungjawab amal maaruf dan nahi mungkar mengikut kadar dan kemampuan masing masing.Sekiranya tanggungjawab ini dilaksanakan dengan baik, pasti segala kepincangan yang terjadi dalam masyarakat hari ini tidak akan terjadi kerana ia akan bertindak sebagai kawalan luaran.Malangnya tanggungjawab ini tidak dilaksanakan oleh masyarakat dan kerajaan.Sistem sosial moden yang mengagungkan kebebasan peribadi menyebabkan budaya tegur menegur dan nasihat menasihati hilang lenyap dalam budaya kehidupan masyarakat ,  termasuk institusi kejiranan.

Semua pihak tidak berani melaksanakan kerana sekiranya teguran dan nasihat dilaksanakan , ianya bakal membahayakan diri sendiri , keluarga dan harta benda.Akibatnya semangkin berleluasalah kepincangan yang berbentuk gejala sosial dan maksiat.Mereka bebas melakukan apa saja yang mereka ingin tanpa rasa malu , bersalah dan bertanggungjawab.Perkara ini terjadi kerana ajaran barat mengatakan bahawa kehidupan individu itu adalah urusan peribadi mereka, ia bukan urusan agama.Sedangkan islam mengajarkan bahawa islam adalah satu cara hidup menyeluruh dan tiada boleh dipisahkan antara kehidupan peribadi dan masyarakat.

Friday, 14 September 2012

Kasih Sayang.........

Malaikat diberikan akal tetapi tidak diberikan nafsu.  Oleh itu mereka tidak pernah melakukan kejahatan. Mereka tidak berminat untuk beristeri, membiak dan  beranak pinak. Binatang pula diberikan nafsu tetapi tidak diberikan akal.  Oleh itu mereka melakukan apa sahaja mengikut naluri dan nafsunya.  Mereka makan apa sahaja dan memuaskan syahwatnya dengan siapa sahaja termasuk dengan anak, ibu atau bapanya untuk membiak.  Tetapi manusia dan jin diberikan kedua-duanya – nafsu dan akal.  Nafsu manusia sama saperti nafsu binatang, yang ingin makan apa sahaja, dan ingin memuaskan nafsu syahwat dengan sesaiapa sahaja, yang melintas dihadapannya. Tetapi manusia tidak mengikut nafsunya semata-mata, kerana gerak laku manusia dikawal oleh akalnya, dan dengan panduan Allah melalui wahyu, yang diturunkan kepada Rasul-Rasulnya.Tetapi apabila manusia yang di kurniakan akal tidak dikawal oleh nafsunya tarafnya lebih hina dari  binatang.Cuba renung sejenak gambar gambar dibawah ini seolah olah haiwan melahirkan rasa manusia ,sebenarnya itulah naluri yang dikurniakan oleh Allah S.W.T , tanpanya jadilah manusia binatang.



Tanggungjawab ibu..



Tidak kira helang atau pipit ,binatang buas atau jinak didaratan mahupun dilautan semuanya ada sifat kasih saya terhadap anaknya
g.
Anak cipanzi dalam pelukan ibunya

Kasih sayang ibu..walaupun jalan yang dilalui dipenuhi ranjau dan duri

Gajah

Beruang

Kuda belang

Singa juga sayangkan anak

Betapa sayangnya biri biri terhadap anaknya

Add caption

Apabila maunusia yang dikurniakan akal ,tidak dapat menafaatkan akalnya untuk menzahirkan kasih sayang ini lah jadinya....
Manusia jadi binatang.......
Bahkan lebih hina lagi.......


Kisah Cinta 2 Ekor Mengkarung

UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG
 

INI adalah sebuah kisah benar. Terjadi di Jepun. Mengkarung, bengkarung atau cengkarung ialah nama sejenis binatang seperti cicak, tetapi lebih besar dan biasanya berwarna hijau, perang atau kelabu serta bersisik badannya dalam famili Scincidae, dalam order Squamata. Terdapat lebih 1,200 jenis spesies mengkarung.
Ketika sedang merenovasi sebuah rumah di Jepun, seseorang cuba meruntuhkan tembuknya. Biasanya, rumah di Jepun memiliki ruang kosong diantara tembuk yang dibuat dari kayu. Ketika tembok mulai runtuh, dia bertemu seekor mengkarung. Mengkarung yang terperangkap diantara ruang kosong itu, kerana kakinya melekat pada sebuah paku.

Dia merasa hiba dan kasihan apabila melihat betul-betul paku itu. Ternyata paku tersebut telah ada disitu 10 tahun lalu ketika rumah itu mula-mula dibina. Kaki mengkarung itu tidak dapat dipisahkan dan sentiasa melekat di situ selama masa itu. Apa yang terjadi? Fikirnya. Bagaimana mengkarung itu dapat bertahan dengan keadaan terperangkap selama 10 tahun?

Dalam gelap, tidak bebas bergerak sedikitpun. Mustahil, tidak masuk akal, bagaimana binatang itu boleh hidup? Dia makan apa selama 10 tahun? Manusia yang boleh berfikir itu menghentikan pekerjaannya. Direnung lagi, Diulang-ulang kata-kata.. dia makan apa ya, boleh hidup sampai 10 tahun!

Tiba-tiba muncul seekor mengkarung lain, tidak tahu dari mana datangnya, ada makanan di mulutnya. Astaghfirullah! Maha Suci Allah. Terharu manusia ini melihat binatang itu, bergenang air matanya. Ternyata ada seekor mengkarung lain yang selalu memperhatikan mengkarung yang terperangkap itu selama 10 tahun itu.

Oh. Sungguh, inilah sebuah cinta…Cinta yang indah. Cinta yang tercipta pada haiwan yang kecil seperti dua ekor mengkarung itu. Apa yang dapat diciptakan oleh cinta? Tentu saja sebuah keajaiban. Bayangkan, mengkarung itu tidak pernah menyerah kalah dalam hal rezeki. Mengkarung yang pasrah dan tidak pernah berhenti memperhatikan pasangannya selama 10 tahun. Ya, ulat dalam batu pun ada kehidupannya.

Bayangkan bagaimana haiwan kecil kerdill itu dapat memiliki kurniaan mengkagumkan dari Yang Maha Agung! Bahagialah bagi sesiapa yang mampu mengungkapkan rahsiaNya. Allahu Akbar!
sumber - Ibnu hasyim blogspot
Erti Kecantikan Seorang Wanita


APAKAH erti kecantikan pada tafsiran anda? Mungkin pada sepasang mata hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja, menjadi defi nisi cantik? Atau boleh jadi pada bibir yang tidak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi, ayah, suami dan pipi mungil anak-anak? Mungkinkah kerana suara gemersik dan hilai tawa mempersona atau tubuh badan yang mengiurkan menjadi perspektif cantik kepada anda?

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Jangankan sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefi nisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat TUHAN kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.

Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Kedutan-kedutan akan tetap terserlah meskipun kita berusaha me-nyembunyikannya. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk melalui iman dan ibadah yang berterusan yakni istiqamah.

Walaupun usia seorang wanita itu meningkat dari tahun ke tahun, tahukah bahawa kita masih kelihatan cantik dengan kedutan-kedutan yang terpalit di wajah. Kedutan-kedutan itu sebenarnya melambangkan kekuatan dan gambaran betapa kita benar-benar berjuang meneruskan kehidupan. Garis-garis halus di pinggir bibir itu menggambarkan betapa kita tidak pernah lelah untuk tersenyum meskipun badai melanda di sepanjang kehidupan.

Uban yang memutih itu pula sebenarnya sangat cantik parasnya berbanding diwarnakan. Tidak perlulah menutupinya dengan warna yang tidak asli, kerana bukankah putih itu melambangkan kesucian? Anggap sahaja sebelum ini, hitam itu melambangkan dosa yang pernah dilakukan dan semakin memutihnya rambut bererti kita sedang dalam proses membersihkan diri.

Jika ada yang melihat rambut kita memutih dan lantas mengusik, katakan sahaja kita di dalam proses ‘pemutihan’ daripada dosa. Kita sentiasa cantik dan tetap istimewa di setiap detik kehidupan. Hargai kecantikan dengan kesyukuran. Tidak kiralah sama ada sudah berumur 15, 25, 35, 50 atau 70 tahun, kecantikan tidak akan hilang selagi mengenali erti syukur yang ALLAH S.W.T harapkan.

Jika selama ini kita berasa tidak cantik, bagaimanakah cara untuk mengubah diri menjadi lebih cantik? Senang sahaja tetapi harus sabar dan istiqamah melaksanakannya. Caranya begini:

-  Jadikanlah ‘Ghadhdul Bashar’ (menundukkan pandangan) sebagai ‘hiasan mata’, nescaya akan semakin bening dan jernihlah penglihatan. Wajah yang sentiasa tunduk mampu menjaga pandangan boleh menumpulkan hati dan ingatan. Sepasang mata yang digunakan untuk pandangan luhur akan jatuh terbenam ke dalam hati lalu menerbitkan mata hati yang bersih lagi menyucikan.

- Oleskan ‘lipstik kejujuran’ pada bibir, nescaya ia akan semakin manis. Ucaplah kata-kata manis dan sopan agar telinga yang mendengar berasa selesa dan nyaman serta dapat mententeramkan hati gundah gulana.

-  Gunakanlah ‘pemerah pipi’ dengan kosmetik sifat malu yang datangnya dari ‘salon’ iman. Malu adalah perlu dalam kehidupan seorang wanita. Ia perlu ditonjolkan pada tempat, masa dan situasi yang sesuai. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Mas’ud r.a iaitu:

“Rasa malu terhadap ALLAH itu ialah supaya kamu memelihara kepala dan apa yang diingat oleh kepala itu, memelihara perut dan apa yang dikandung oleh perut itu, juga supaya kamu selalu ingat kepada kematian dan berbagai bencana seperti hancur luluhnya segala anggota badan. Barang siapa yang menginginkan selamat di alam akhirat, hendaknya ia meninggalkan perhiasan atau kemewahan duniawi. Orang yang melakukan semua itu, maka ia telah mempunyai rasa malu terhadap ALLAH  dengan sebenar-benar malu.” - Riwayat oleh Ahmad dan Tirmidzi. Dipetik dari buku Untaian Mutiara Hadits-hadits Rasulullah s.a.w. Ditulis oleh Dr. Ahmad Umar Hasyim, m/s 52

- Pakailah ‘sabun istighfar’ yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang dilakukan. Istighfar yang ikhlas mampu menjaga hati dan diri daripada mengulangi dosa yang sama. Ia juga dapat mengharumkan setiap langkah yang dilakukan tidak kira di pelosok mana kita menjejakkan kakiselagi bersandarkan ALLAH semata-mata Rawatlah rambut dengan ‘selendang islami’ yang akan menghilangkan ‘kelemumur’ pandangan lelaki. Hijab yang menutupi rambut membuatkan kita dihormati oleh lelaki yang gemar mengganggu wanita. Ini disarankan juga di dalam al-Quran yakni:

Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan jangan kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir. - An-Nur: 31

Maka, perintah ALLAH untuk menutup aurat jika direnung dengan ketulusan hati, sebenarnya untuk me- lindungi daripada ancaman bahaya, juga sebagai tanda ALLAH mengasihi kita supaya tidak diapa-apakan oleh mereka yang berniat serong. Tidaklah terlalu sukar untuk menyempurnakan cara berpakaian kerana kita sendiri tidaklah dilahirkan dengan sifat yang sempurna. Tetapi kita mampu mengubah untuk berpakaian dengan cara yang lebih sempurna. Betulkan?

- Hiasilah kedua tangan dengan ‘gelang tawaduk’ dan jari-jemari dengan cincin ukhuwah. Gunakanlah juga tangan kita itu dengan 100 kebaikan seperti berdoa, menolong orang atau memberi sedekah. Berikut adalah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang mampu menggembirakan setiap hati. Semoga kita akan bertambah yakin dengan kecantikan yang dimiliki.

Daripada Abu Dzar, dia berkata, “Pada suatu malam saya keluar, tiba-tiba saya melihat Rasulullah s.a.w berjalan sendirian, tidak ada seorang pun yang menyertainya. Saya mengira bahawasanya baginda memang tidak senang  jikalau ada orang lain yang menyertainya.” Dia meneruskan, “Saya berjalan di bawah naungan rembulan. Rasulullah s.a.w kemudian menoleh dan melihat saya, lalu bertanya, “Siapa ini?” Saya menjawab, “Abu Dzar, semoga ALLAH  S.W.T menjadikan saya sebagai tebusan anda.”

Baginda s.a.w bersabda, “Hai Abu Dzar, ke marilah.” Abu Dzar berkata, “Saya lalu berjalan menyertainya sesaat lamanya.” Beliau kemudian berkata, “Sesungguhnya orang yang banyak hartanya itu nanti akan menjadi orang yang paling sedikit pada hari kiamat, kecuali orang yang dikurniai ALLAH S.W.T kebaikan (maksudnya harta) lalu suka meniupkan yakni menafkahkan hartanya itu sebagai sedekah kepada orang yang menghajatkan di sebelah kanannya, di sebelah kirinya, di sebelah mukanya serta di sebelah belakangnya, juga berbuat kebaikan dengan rezekinya itu.” Abu Dzar berkata, “Saya meneruskan perjalanan bersama baginda sesaat lagi.” Rasulullah s.a.w bersabda, “Duduklah disini.” Baginda menyuruh saya duduk di suatu tanah yang cukup luas dan di sekitarnya itu ada beberapa batu berwarna hitam.

Baginda sekali lagi bersabda, “Duduklah di sini sehingga saya kembali kepada anda nanti.”Rasulullah s.a.w berangkat pergi di celah-celah batu- batuan sehingga saya tidak dapat melihatnya. Lama juga Rasulullah s.a.w meninggalkan saya. Kemudian sesungguhnya saya mendengarnya sedang mendatangi saya dengan mengatakan, “Meskipun dia mencuri dan meskipun dia berzina.” Abu Dzar melanjutkan ceritanya, “Setelah baginda datang, saya sudah tidak bersabar lagi, lalu saya bertanya, “Wahai Nabi ALLAH, semoga ALLAH menjadikan saya sebagai tebusan anda, siapakah yang berbicara di dekat batu-batuan tadi?”

Tiba-tiba ada suara yang mengatakan (dan ini adalah suara Malaikat Jibril a.s memberitahu kepada Nabi Muhammad s.a.w), “Berikanlah berita gembira kepada umat tuan, barang siapa yang meninggal dunia, dia tidak mempersekutukan ALLAH S.W.T dengan sesuatu, maka dia pasti dapat masuk syurga.” Saya pun berkata, “Wahai Jibril, sekalipun ia mencuri dan meskipun ia berzina?” Jawabnya, “Ya, sekalipun ia mencuri dan sekalipun ia berzina. “Masih sekali lagi bertanya, “Sekalipun ia mencuri dan sekalipun ia berzina?” Dia (malaikat) menjawab, “Ya benar, bahkanmeskipun dia minum minuman keras yakni khamar.” -  Riwayat daripada Imam Muslim. Dipetik dari buku Untaian Mutiara Hadits Rasulullah s.a.w, Ms477

-   Bedaklah wajah dengan wuduk bagi menaikkan seri muka. Mohonlah kepada ALLAH S.W.T agar diberi nur pada wajah tatkala menjadikan wuduk sebagai bedak asas.

Daripada Abu Hurairah r.h. dia berkata, aku men- dengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya umatku dipanggil pada hari kiamat dalam keadaan bersinar muka, tangan dan kakinya kesan daripada wuduk.”

Hadis ini menjelaskan fadilat atau kelebihan kepada umat Muhammad s.a.w iaitu mereka akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan keadaan bersinar muka, tangan dan kakinya kesan daripada berwuduk. Sesungguhnya ALLAH S.W.T jadikan alamat yang akan menyebabkan Rasulullah s.a.w. mengenali umatnya di akhirat nanti.

Insya-ALLAH, kita akan cukup cantik di mata penduduk langit dan sebahagian yang lain mampu menilai kecantikan dengan menggunakan mata hati. Ingatlah bahawa tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali dihiasi dengan iman kepada ALLAH S.W.T. Apabila tertegaknya di atas jalan ini, maka kitalah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan di sisi Rabb-NYA.

Namun, jika dilepaskan jalan kebenaran tersebut, menafi  dan mengingkari tuntutan agama, maka kitalah cermin kepada wanita yang murahan dan jahil dalam mengenal maksud sebenar kecantikan. Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung bintang, meskipun bermahkota bintang dan matahari terbit di ufuk timur, akan tenggelam jua kecantikan yang dimiliki.

Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mukminah yang selalu ingin kembali kepada ALLAH... ambillah nasihat ini juga sebagai makanan kecantikan tambahan. Semoga diri yang cantik akan bertambah cantik hingga memiliki kecantikan kekal abadi:
 
·        Jadikan diri seperti sepohon kurma. Iaitu apabila dilempar dengan batu ia menjatuhkan buahnya. Tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberi manfaat kepada sekalian manusia.

·        Basahkan bibir dengan ucapan zikir, bentuklah pandangan sebagai satu pengajaran dan berdiam diri adalah untuk berfi kir pada sesuatu yang baik sahaja.Berdiam diri bukan bermaksud sombong atau meninggi diri tetapi kerana melatih lidah daripada mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati pendengar lantas men- cipta dosa yang tidak disedari.

·        Ketika berdiam diri, saat itulah kita mendapat ke- tenangan dan kedamaian. Tercurah segala pujian yang baik-baik dari hati yang ikhlas. Juga ALLAH S.W.T akan menjauhkan kita daripada kesempitan, bayangan ketakutan dan gumpalan kekeruhan.

·         Tidurlah berbantalkan curahan doa, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepada kita. Saat itulah kita mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada harta, kad kredit, kereta, rumah mahupun kepada kasihnya seorang manusia, namun kepada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, tetapi kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.

·        Jadilah seorang wanita yang bermaruah dan punya kedudukan tinggi di sisi TUHANnya. Nama nya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat dan berjaya memperoleh cinta yang teragung, iaitu cinta Ya Rabb lantas jadilah wanita paling bahagia di dunia.

Kepada mereka yang tidak pernah yakin dengan kecantikan yang dimiliki,renungkanlah kisah ini. Semoga keyakinan menjadi milik kita semula. Seorang wanita tua Cina mempunyai dua bekas pasu air yang digantung di setiap penjuru galah yang dibawanya. Salah satu pasu tersebut telah retak sedikit sementara pasu yang satu lagi masih elok dan dapat mengisi air dengan penuh. Pada akhir perjalanan jauh dari sungai ke rumahnya, pasu yang retak tersebut hanya dapat sampai dengan separuh penuh air sahaja.

Keadaan ini berlaku setiap hari selama dua tahun. Maka, wanita tua itu hanya dapat membawa satu setengah pasu air sahaja. Semestinya pasu yang sempurna tersebut sangat berbangga dengan pencapaiannya. Sebaliknya, pasu yang retak itu sangat malu dengan ketidaksempurnaannya dan berasa sedih kerana hanya mampu membawa separuh sahaja air daripada sepatutnya. Setelah dua tahun berlalu dengan kepahitan dan kegagalan, pasu retak itu berbual dengan wanita tua itu di tepi sungai.

“Aku sangat berasa malu dengan diriku, kerana diriku yang retak ini menyebabkan air tertumpah di sepanjang perjalanan ke rumahmu.”

Wanita tua itu tersenyum dan berkata, “Sedarkah kamu akan bunga di batas laluan kamu tetapi tidak di batas laluan yang lagi satu? Kerana menyedari kekuranganmu, aku telah menyemai benih-benih bunga di batasan itu. Setiap hari apabila kita pulang dari sungai, tanpa disedari kamu telah menyiram benih-benih itu. Selama dua tahun aku berpeluang mencantas bunga-bunga yang cantik ini untuk menghiasi mejaku. Sekiranya kamu tidak menjadi dirimu sendiri, mungkin tiada keindahan sebegini di rumah ini.”

Yakinlah... setiap daripada kita mempunyai kekurangan. Ketahuilah bahawa kekurangan yang dirasakan itu adakalanya merupakan kekuatan buat mereka yang melihat melalui mata hati. Semoga mereka yang merasakan kekurangan atau keretakan terus hidup dan menghidu haruman kebahagiaan di sisa kehidupan yang tinggal