ARAB SAUDI – PEROGOL DIHUKUM PANCUNG
Riyadh:- Seorang lelaki warga Saudi yang dituduh merogol seorang wanita anggota keluarganya ,dipancung di bandaraya ini semalam.Dalam kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita Arab Saudi , Kementerian Dalam Negeri berkata , Faleh Ali Otaibi didapati bersalah atas tuduhan merogol dan meliwat.Dia melakukan kesalahan itu ketika mabuk.Identiti mangsa tidak di dedahkan.Faleh ia orang ke 53 dihukum pancung di Arab Saudi tahun ini.Menurut rekod Kumpulan Hak Asasi Manusia , seramai 79 orang menjalani hukuman tahun lalu.Selain membunuh , hukuman pancung di Arab Saudi dikenakan keatas pesalah kes merogol , murtad dan merompak menggunakan senjata.
Sumber- Harian Metro 8hb Sept 2012.
MALAYSIA – PEROGOL DIHUKUM BERKELAKUAN BAIK
Putrajaya – Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan terselamat daripada hukuman penjara apabila Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan nya bagi mengekal keputusan Mahkamah sesyen membebaskanya dengan perentah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM 25,000. kerana merogol gadis lima tahun.
Panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Raus Md Sharif sebulat suara mengenepikan tempoh penjara lima tahun yang dikenakan keatas Noor Afizal oleh Mahkamah Tinggi Melaka kerana membenarkan rayuan pendakwaan bagi meningkatkan hukuman.Dalam keputusanya, Raus bersetuju dengan ppeguan Noor Afizal , Hisyam Teh Poh Teik bahawa kepentingan awam tidak akan dilaksanakan jika Noor Afizal ke penjara memandangkan dia mempunyai masa depan yang baik.
Hakim hakim Mahkamah Rayuan Datuk K.N.Segara dan Datuk Azhar Ma’ah adalah dua lagi hakim yang bersidang sebagai panel.
Pada 5 julai tahun lepas , Mahkamah Sesyen Melaka melepaskan Noor Afizal dengan bon jaminan berkelakuan baik selama lima tahun bernilai RM 25,000 dengan seorang penjamin selepas mengaku salah merogol seorang gadis bawah umur disebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka antara 12.30 pagi dan 5.00 pagi pada 5 june 2009.
Mahkamah Sesyen dalam perentahnya itu menimbang beberapa faktor termasuk ia adalah hubungan seksual tanpa paksaan antara dia dan gadis itu.
Dia dijatuhkan hukuman penjara lima tahun pada 20 September tahun lepas dengan membenarkan yang menbenarkan rayuan dibuat oleh pehak pendakwaan yang tidak puashati dengan keputusan mahkamah sesyen untuk mengikat jaminannya.
Dia dibenarkan ikat jamin RM 6,000 dengan seorang penjamin sehingga rayuanya kepada Mahkamah Rayuan.
Noor Afizal mewakili Negeri Sembilan antara 2004-2010 dan pada masa yang sama mewakili Malaysia dalam katogori remaja selama lima tahun antara 2004-2008.Dia juga bertanding dalam kejohanan terbuka antarabangsa Thailand ,April lalu.
Dia dijangka mewakili kedah dalam beberapa kejohanan akan datang seperti kejohanan terbuka antarabangsa Kuala Lumpur 2012.
Pendawaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya Nadia Hanim Mohd Tajuddin:-
Sumber :-Blog Rojak Pasembor
No comments:
Post a Comment