Saturday, 15 September 2012

Menangani masalah sosial

Tok Guru Nik Aziz pernah berkata “ Islam ajar kita ,apabila manusia selalu diawasai olih Raqib dan Atiq , walaupun ada ibu bapa , guru ustaz , polis dan askar ada lagi Allah Yang maha Mengawasi.Mari kita bersama sama ‘besar besarkan’ kesedaran ini.Inilah cara untuk menangani masalah sosial yang sangat kriktikal , sekarang ini semangatnya ialah sekalipun polis tiada Allah tetap ada dan sentiasa melihat perbuatan kita”

Raqib dan Atiq adalah dua malaikat menjadi teman karib yang selalu berada disisi kita dan setia dengan tugas sebagai pencatit amalan manusia.

Firman Allah s.w.t ; Tiada sesuatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada disisinya malaikat pengawas yang selalu hadir” –Surah Qaf : ayat 18

Hari ini umat islam berhadapan dengan berbagai bagai isu sosial , khususnya yang melanda remaja.Ini berikutan teknologi yang semakin maju dan mencabar.Jika masalah ini tidak dapat ditangani akan mengakibatkan kemusnahan ummah , agama dan negara , kerana kecemerlangan mereka adalah tanda kecemerlangan negara pada masa akan datang.

Dari kajian menunjukan bahawa menjelang abad ke 21 , keruntuhan akhlak para remaja semangkin parah.Saban hari baik dimedia massa mahupun media eletronik kita dipaparkan dengan gejala jenayah rogol , dadah ,dedah ,sumbang mahram , anak luar nikah , pembuangan bayi ,rompak ,samun , bunuh ,peras ugut , rasuah dan penyalahgunaan kuasa semangkin meningkat.Paling membimbangkan aktiviti jenayah ini dilakukan oleh orang melayu yang beragama islam.Ramai orang melayu islam pada hari ini sedang dilanda masalah keluarga seperti penceraian , kurang kemahiran keibubapaan dan lain lain.Ini telah memberi kesan buruk terhadap pembentukan peribadi dan rohani setiap remaja sehingga akhirnya
mereka hilang jati diri.


Kesan penyalahgunaan dadah di negara kita juga semangkin dirasai , apabila generasi muda yang terlibat bukan sahaja tidak mampu menyumbang kepada pembangunan bahkan menjadi perosak yang meresahkan mayarakat dan negara.

Dalam hal ini semua pihak perlu sama sama menjalankan tugas masing masing.Satu langkah berkesan mesti diambil kearah penyelesaianya.Pihak yang paling utama dan berpengaruh dalam kes ini adalah kerajaan , kerana mereka mempunyai kuasa penentu yang kuat dalam meluluskan atau melaksanakan sesuatu samada buruk ataupun baik.Sepatutnya pihak kerajaan memantau segala masalah yang dihadapi remaja supaya mereka tidak terlalu bebas dan liar.Disamping itu pehak kerajaan perlu mengadakan sekatan keatas kegiatan baru yang dianggap mencemar imej agama , bangsa dan negara.Memandangkan dunia sekarang penuh dengan cabaran tugas kerajaan semangkin berat dalam menentukan haluan tuju negara.

Ibu bapa juga memainkan peranan penting demi menjamin anak anak mereka mendapat didikan sempurna , khususnya didikan agama, kerana didikan agama berupaya membentuk perisai dalam diri anak anak , bila berdepan dengan cabaran hari ini dan masa depan.Bagi memastikan pendidikan berkesan ibu bapa mestilah melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran keibubapaan serta mengamalkan nilai nilai murni yang akan menjadi contoh teladan kepada anak anak terutama dalam hal berkenaan dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T.

Para guru pula mestilah memastikan pendidikan diberi dalam kelas bukan sekadar untuk lulus peperiksaan semata mata tetapi mampu membentuk jiwa yang jernih dan akhlak yang luhur serta bebas dari keinginan untuk terbabit dengan aktiviti jenayah.

Media pula tidak boleh sama sekali menghidangkan kepada masyarakat bahan bahan yang mampu merangsang nafsu dan akhlak liar.Sebaliknya cerita cerita yang membawa keinsafan , membina pengetahuan dan membentuk peribadi yang luhur hendaklah dibudayakan dalam penulisan.Tetapi hakikatnya apa yang berlaku disekitar kita adalah sebaliknya.Rialitinya ,kita dapati kebanyakan media banyak memaparkan hiburan yang melampau ,aksi aksi ganas yang keterlaluan yang melanggar nilai nilai islam ,sehingga memberi kesan nagatif kepada pembentukan sahsiah para remaja.

Pihak polis dan penguatkuasa lain juga perlu mengambil tindakan yang berkesan bagi memastikan aktiviti jenayah dapat dihalang ke akar umbi daripada berlaku.Mereka boleh meningkatkan rondaan dikawasan yang bermasalah , dan pemasangan cctv dikawasan hotspot , mewujudkan sistem sektor untuk menjalin hubungan mesra dengan masyarakat disamping mendapatkan maklumat.Mengadakan operasi bersama dengan jabatan penguatkuasa yang lain serta bantuan tenaga dari RELA dan JPAM adalah satu langkah yang baik.

Disamping itu juga masyarakat mestilah melaksanakan tanggungjawab amal maaruf dan nahi mungkar mengikut kadar dan kemampuan masing masing.Sekiranya tanggungjawab ini dilaksanakan dengan baik, pasti segala kepincangan yang terjadi dalam masyarakat hari ini tidak akan terjadi kerana ia akan bertindak sebagai kawalan luaran.Malangnya tanggungjawab ini tidak dilaksanakan oleh masyarakat dan kerajaan.Sistem sosial moden yang mengagungkan kebebasan peribadi menyebabkan budaya tegur menegur dan nasihat menasihati hilang lenyap dalam budaya kehidupan masyarakat ,  termasuk institusi kejiranan.

Semua pihak tidak berani melaksanakan kerana sekiranya teguran dan nasihat dilaksanakan , ianya bakal membahayakan diri sendiri , keluarga dan harta benda.Akibatnya semangkin berleluasalah kepincangan yang berbentuk gejala sosial dan maksiat.Mereka bebas melakukan apa saja yang mereka ingin tanpa rasa malu , bersalah dan bertanggungjawab.Perkara ini terjadi kerana ajaran barat mengatakan bahawa kehidupan individu itu adalah urusan peribadi mereka, ia bukan urusan agama.Sedangkan islam mengajarkan bahawa islam adalah satu cara hidup menyeluruh dan tiada boleh dipisahkan antara kehidupan peribadi dan masyarakat.

No comments:

Post a Comment