Monday, 3 September 2012

20 KEISTIMEWAAN WANITA

Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya  yang lebih kuat daripada lelaki .Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut , jawab Baginda , “ Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia sia. “

1.       Wanita yang solehah  itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

2.       Barang siapa yang mengembirakan anak perempuannya , darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah.Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

3.       Wanita yang tinggal bersama sama anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW ) didalam syurga.

4.       Barang siapa membawa hadiah  ( barang makanan dari pasar kerumah lalu diberikan kepada keluarganya  ) maka pahalanya seperti melakukan amalan sedekah.

5.       Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuannya seolah olah dia telah memerdekakan anak Nabi Ismail.

6.       Syurga itu dibawah telapak kaki ibu.

7.       Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.

8.       Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu dan bapamu, maka jawablah panggilan ibu mu terlebih dahulu.

9.       Daripada Aisyah r.a “ Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak perempuanya lalu dia berbuat baik maka , mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10.   Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu pintu neraka dan terbuka pintu pintu syurga.Masuklah dari mana mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11.   Wanita yang taat pada suaminya , maka semua ikan ikan dilaut , burung burung diudara , malaikat dilangit , matahari , bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasa.

12.   Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW , siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawap Rasullullah SAW “ Suaminya “ “Siapa pula berhak terhadap lelaki “ Jawap Rasullulah SAW “ Ibunya “.

13.   Wanita apabila sembahyang lima waktu , puasa di bulan Ramadhan , memelihara kehormatanya serta kepada suaminya , masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14.   Tiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama , maka Allah SWT memasukan dia kedalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 ) tahun.

15.   Apabila seorang perempuan mengandung janin daripada rahimnya , maka beristighfarlah malaikat untuknya.Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16.   Apabila sesaorang perempuan mulai sakit hendak bersalin , maka Alllah SWT mencatatkan baginya pahala orang berjihad pada jalan Allah.

17.   Apabila seorang perempuan melahirkan anak , keluarlah dia dari dosa dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.

18.   Apabila telah lahir anak lalu disusui , maka bagi ibu itu setiap satu kebajikan.

19.   Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya  yang sakit , maka Alllah SWT memberi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

20.   Rasulullah SAW menjelaskan betapa istimewanya nasib wanita yang hamil jika dia meninggal dalam hamilnya Allah memberi jaminan kepada yang bersangkutan mendapat syurga sebagaimana janji  yang Allah berikan kepada kaum lelaki yang mati sahid dimedan perang untuk membela agama Allah.Kedudukan yang demikian tinggi wanita yang meninggal saat melahirkan menunjukan betapa besar harkat yang Allah dan Rasul Nya berikan kepada kaum wanita.Wallahua’alam.

Alangkah bertuahnya anda yang bergelar wanita.Oleh itu banyakan bersyukur dan bersabar dalam menghadapi liku liku dalam kehidupan ini.

No comments:

Post a Comment