Friday, 31 August 2012

MUTIARA KATA TUAN GURU

Kata kata hikmah Tuan Guru
Sebagai renungan bersama saya tulis kata kata hikmah  YAB Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’ Seri Bentara  Setia Nik Abdul Aziz bin Nik Mat yang di petik dari buku “ Telaga Budi “ susunan Anual Bakri Haron.Semua kata kata ini diucapkan secara sepontan oleh Tuan  Guru semasa menyampaikan Kuliah mahupun ketika berceramah.Semoga mutiara kata ini dapat memberi pendoman dalam menjalani kehidupan kita seharian.
1.       “ Islam ajar kita apabila selalu diawasi olih Raqib dan Atid walaupun ada ibu bapa , guru ustaz , polis dan askar , ada lagi Allah Yang Maha Mengawasi.Mari kita bersama sama ‘ besar besarkan’ kesedaran ini.Semangatnya ialah sekalipun polis tiada.Allah tetap ada.Tuhan sentiasa melihat perbuatan kita”

2.       “ Keldai hanya pandai memikul Al Quran dan kitab diatas belakangnya tetapi sedikit pun tidak tahu.Tidak berminat mengambil tahu maksudnya “

3.       “Seperti isteri kita memasak tomyam semangkuk dia tidak ciptakan garam , lobak , daging ayam , air ; pendek kata bukan dia yang ciptakan semuanya tetapi dia hanyalah menyusun , memperoses , mengatur barang yang sudah ada , memasukan kedalam periok.Apabila masak jadilah tomyam , jadi kuah yang Timah buat , rumah yang Salleh bina , kereta yang Jepun cipta , itu adalah sebutan kita sehari hari tetapi hakikatnya tidak.manusia sebut benda seperti itu , tetapi adakah begitu sungguh ? Tidak ! ia hanya bahasa pertuturan harian untuk memudahkan orang faham.Hakikatnya apabila kamu detail sedikit , kamu akan nampak Aku yang buat semua”

4.       “ Kita semua Melayu , Cina , India , orang Amerika , orang putih ,orang asli dan lain lain adalah adik beradik.Kita datang dari keturunan yang satu , ia itu ayah kita bernama Adam dan ibu kita bernama Hawa.Soalnya berapa ribu pupu kita ni biarlah.Jika tuan tuan kata datok nenek bukan Adam dan Hawa , maka cuba beritahu saya.Jika tidak jumpa jawapan maka terima dulu , terima yang ini dulu “

5.       “ Syurga dan neraka.Kedua dua projek raksaksa ini sudah ada.Apabila syurga ini sudah ada hendak kaji apa lagi.Kewujudanya sudah disahkan sendiri olih Nabi Muhamad S.A.W sewaktu peristiwa Israk Mikraj.Dalam kesempatan diberi hidup menumpang dibumi  Allah inilah kita semua sedang diuji sama ada mahu melaksanakan Islam ataupun tidak , Individu diuji secara individu dan pemimpin kerajaan serta pemerentah diuji dalam bentuk Amanah kekuasaan ‘Ujianya ialah sejauh mana kamu berusaha melaksanakan Islam dan bukanya sejauh mana kamu mengkaji dan berusaha menyesuaikan dengan teori ekonomi Adam Smith ataupun teori Karl Mark dan menghalang perlaksanaan islam “

6.       “Al Quran adalah kitab langit yang mulia kerana Allah sendiri memuliakanya.Maka segala ajarannya turut mulia.Orang yang mengamalkanya dan memperjuangkanya turut mulia.Sebaliknya sesiapa sahaja yang menentangnya adalah hina kerana Allah Taala menghinakanya”

7.       “Sebagai tubuh atas dunia berkehendakan kepada makan minum ,maka roh juga berkehendakan makan minum.Untuk makan minum didunia ini kita terpaksa menggunakan duit untuk membeli beras , petrol , bayar sewa rumah.Tapi duit tidak laku lagi bila sahaja kita masuk kedalam kubur.Duit Amerika tidak laku , jongkong emas pun tidak laku , yang laku hanyalah pahala”

8.       “ Allah itu suka menguji.Oarang miskin pun Dia datangkan bala ,orang kaya pun Dia datangkan bala.Negeri dan Negara pun sama.Orang baik pun kena , orang jahat pun kena”

9.       “ Dizaman Nabi pun sudah ada orang yang derhaka kepada ibunya.Barangkali , ini untuk dijadikan contoh dan sempadan.Bagimanapun ibu bapa dulu dulu , cukup pentingkan akhlak anak anak.Ibu bapa sekarang umumnya mengikut arus , kalau kerajaan suruh belajar , belajar.Kalau kerajaan suruh tinggikan tahap akademik , masing masing berusaha meninggikan pencapaian akademik.Perkara  asuhan akhlak hampir tidak dipedulikan lagi oleh kebanyakan orang.Hasil acuan yang kita gunakan 20 tahun lalu , inilah pula yang melahirkan generasi yang datang 20 tahun kemudian.Antara dosa paling berat kesan pengabaian pendidikan akhlak ini ialah kelahiran generasi yang tidak hormat atau lebih tepat derhaka kepada Ibu Bapa.Ini menjadi beban kepada kerajaan , negeri  ,kampungnya  ,masyarakat dan keluarganya.”

No comments:

Post a Comment