Sunday, 26 August 2012

HARGAI MAHKLUK ALLAH S.W.T

Tabiat mahkluk Allah s.w.t bernama tupai...
Petang tadi aku beriadah bersihkan batas batas sayur yang ku tanam di belakang rumah kel;amin Balai polis Ajil ,setidak tidak nya keluar juga peluh.Nak berjoging tak lalu dah ,jadi aku tanam lah sayur sayuran dikawasan lapang belakang rumahku ,  ade juga faedahnya...kata orang berbudi pada tanah ade juga hasilnya.Buat masa ni aku tanam sayur kangkong dan sawi ,nampaknya boleh tahan suburnya , dan sudah dua kali aku petik dan makan sayur segar bebas dari sebarang racun.Sedang aku berehat sambil memerhatikan beberapa batang pokok durian berhampiran rumahku , terlihat sepasang mahkluk Allah s.w.t  diberi nama tupai sedang berkejaran didahan dahan pokok .Bulan lepas pokok ini berbuah dengan lebat , lepaslah untuk makan sampai kita orang di Balai ni jemu nak makan.Aku tidak tahu siapa yang menanam pokok durian ni , mengikut ceritanya orang yang terdahulu yang menanamnya.Sungguh besar pahalanya sehingga kami yang baru tinggal disini dapat menikmatinya.
Seandainya orang yang menanam itu telah kembali ke Ramahtullah hanya sekalong doa dan Al Fatihah kami pohonkan semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.Aku masih ingat lagi semasa aku kanak kanak Datok aku  sering berkata dia menanam pokok buah buahan untuk anak cucu.Maksudnya walaupun mungkin dia tidak dapat menikmati hasilnya memandangkan usianya telah lanjut tetapi ia akan dapat dinikmati oleh waris warisnya
Dari Anas r.a katanya : Rasullullah s.a.w bersabda ;” Seorang muslim yang menanam pohon atau tanam tanaman  , lalu sebahagian nya dimakan burung , manusia atau binatang , maka orang yang menanam itu mendapat pahala “
Berbalik kepada tupai yang sedang berkejaran tadi dia juga dapat menikmati buah yang ditanam olih manusia ,cuma kadang kadang manusia tidak suka kepada tabiat semulajadinya.
 Tupai memang terkenal dengan ‘kejahatannya” menebok buah...ungkapan ini ditujukan kepada ‘anak dara ‘ yang sudah terpakai secara tidak sah juga dengan kata ‘ sudah ditebok tupai’ ...selain itu tupai juga dikiaskan dengan orang orang yang buat kerja jahat dengan kata ‘sepandai pandai tupai melompat ,akhirnya jatuh ketanah juga’ Kesemua maksud tupai dalam semua ayat tersebut mnjurus untuk mengkiaskan kepada segolongan manusia yang ‘jahat perbuatanya.

Apa perkerjaan tupai ini?...tupai tak ade kerja lain ....tugasan utamanya merusakan buah ,walaupun sebenarnya tujuan si tupai  bukan untuk merosakan ,sebab dah memang sunatullah  Allah jadikan cara cari makannya begitu.....tepati perbuatanya itu dianggap sebagai merosakan pada disisi manusia....sebab apa merosakan?....sebab kadang kala buah hanya di tebuk dan dibiarkan hingga rosak...lepas di tebuk tupai akan beralih kebuah lain pula....buah buah yang di tebuk tupai sudah tidak lagi bernilai dan kadang kala langsung tidak boleh dimakan kerana sudah rosak keseluruhanya....begitu juga kerja jahat tupai ini adalah merosakan bunga dan putik buah......dan penting juga kita tahu perangai tupai ini dia boleh tebuk pelbagai jenis buah tak kira lah samada berduri seperti durian atau putik buah manggis yang belum ada isi ...kerjanya tebuk saja lepas tu tinggal dia tak kira buah itu elok ke atau tidak elok janji boleh tebok sudah menjadi satu kepuasan , dan disebabkan itulah juga tupai dijadikan sebagai musuh kepada tuan tanah ,tuan dusun buah buahan dan tuan tanaman , hinggakan para tuan tuan ini sanggup mengistiharkan perang dan bergolok berparang malah bersenapang semata mata untuk menjaga tanaman supaya tidak dirosakan oleh tupai yang sedang berkejaran.

Kalau dimasa zaman kanak kanak saya dahulu tupai banyak kelihatan di dusun dusun buah berkejaran dan melompat kesana sini.Sepisis tupai ini sangat cantik dengan ekornya yang kembang , dan tingkah lakunya sungguh  menggembirakan.Tetapi sekarang nak tengok se ekor tupai pun susah , dan mungkin kanak kanak sekarang tidak tahu apa itu binatang bernama tupai kecuali mengenalnya melalui buku buku dan media eletronik.Teringat aku kepada lirik dikir barat yang di dendangkan oleh Halim Yazid antaranya “ Sakat bedil ado tupai habih mati ; Hok ni lah saya raso kita rugi ; Kita manusio tinggi mana pun kita ngaji ; Nak wat tupai sekor tentu sekali nya tak jadi “

Sebagai manusia yang di berikan oleh Allah s.w.t akal fikiran haruslah menghargai mahkluk mahkluk lain ciptaanya termasuk lah tupai kerana kita semua menumpang didunia ini hanya untuk sementara waktu.

No comments:

Post a Comment