Monday, 20 August 2012

1 Syawal 1433

Assalamualaikum warohmatullahiwarokatuh.

Allahuakbar ,Allahuakbar , Allahuakbar , Allahuakbar ,Allahuakbar , Allauakbar walillahilham...
  
    Mentari senja diakhir Ramadhan kian tenggelam bersama kegelapan malam.Ini bermakna  Ramadhan yang hebat,agung dan penuh keberkatan akan pergi meniggalkan kita sekali lagi.Apakah kita masih berpeluang untuk bertemu kembali dengan Ramadhan akan datang hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.Amat beruntunglah siapa  yang memanfaatkan Ramadhan yang hebat ini dengan sehabis baik.Sebaliknya rugi dan muflislah siapa yang mensia-siakan kehadiran  Ramadhan ini.

Sempena kemunculan syawal  ini saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri dan memohon ampun dan maaf kepada seluruh muslimin dan muslimat terutama kepada ibu  dan adik beradik yang berada di Negeri Perak.Semoga di syawal ini dipereratkan lagi perhubungan silatulrahim kita dan di kurniakan rezeki dan kesihatan yang baik dari Maha Pencipta.

Telah  menjadi tradisi apabila syawal menjelma ,walau sejauh mana pun  merantau kita akan terkenang  kampung halaman tempat kelahiran kita.Ramai akan meninggalkan kota , dan doa saya semoga semua selamat sampai ke kampung halaman bertemu keluarga tersayang.Disamping itu ambilah peluang dihari yang berbahagia ini menziarahi rakan taulan dan sanak saudara sementara mereka masih ada.

Akhir kalam penutup bicara saya memohon keampunan kepada Allah S.W.T. diatas apa jua kesalahan dimasa lalu dan memohon maaf kepada ibu ,adik beradik ,saudara mara dan rakan taulan yang saya sayangi serta insan yang mengenali diri saya.

Selamat Hari Raya “MAAF ZAHIR & BATIN”
1 sYAWAL 1433.

No comments:

Post a Comment