Wednesday, 1 August 2012

RENUNG RENUNGKAN.....

Kita sering merasa tidak puas dengan apa yang kita miliki ,dan kadang kadang kita menyalahkan takdir bila sesuatu itu tidak memihak kepada  kita.Jarang sangat manusia berasa puas dengan apa yang dia ada tetapi asyik mengharap apa yang tiada kecuali mereka yang bertakwa.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat.”
Hadis Riwayat Ahmad
Sebelum kita merungut atau menyalahkan orang lain cuba kita renungkan soalan soalan dibawah ini ,adakah kita termasuk dalam golongan tersebut.

RENUNG RENUNGKAN....

·         Sebelum berfikir untuk mengatakan sesuatu yang tidak baik,
Fikirkan akan mereka yang dikurniakan bisu lagi pekak.

·         Sebelum mengatakan makanan yang ada tidak sedap.
Fikirkan akan mereka yang tiada langsung makanan untuk dijamah.

·         Sebelum merungut tentang diri pasangan, suami atau isteri,
Fikirkan akan mereka yang menangis memohon agar ditemukan jodoh mereka.

·         Sebelum merungut tentang kesusahan dan keperitan hidup hari ini,
Fikirkan akan mereka yang telah pergi terlebih dahulu daripada kita.

·         Sebelum merungut betapa sukarnya membesarkan anak anak,
Fikirkan mereka yang masih belum dikurniakan cahaya mata.

·         Sebelum bertengkar dengan isteri/suami, betapa bersepahnya rumah,
Fikirkan akan mereka yang tinggal dijalanan tanpa tempat berlindung.

·         Sebelum merungut betapa penatnya anda memandu ketempat kerja seriap hari,
Fikirkan akan mereka yang hanya berjalan kaki dengan jarak yang sama ketempat kerja.

·         Sebelum merungut dengan kerja yang banyak , gaji yang rendah dan bos yang teruk,
Fikirkan akan mereka yang masih lagi mencari kerja,tidak berkemampuan dan berharap agar mendapat pekerjaan seperti anda.

·         Sebelum mula menyalahkan dan merendahkan orang lain,
Fikirkan bahawa tiada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesilapan dan kita bertanggungjawab terhadap apa yang kita lakukan.

·         Dan apabila pemikiran negatif mula mempengaruhi minda dan melemahkan diri, mekarkanlah sekuntum senyum dan panjatkan kesyukuran penuh kenisafan bahawa kita masih lagi bernafas dan menjalani kehidupan didunia ini.


                 WAssalam..
                

No comments:

Post a Comment