Tuesday, 28 August 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN 31HB OGOS

Assalamualaikum dan salam sejahtera ,
Tanggal 31hb Ogos akan muncul lagi dalam hidup kita.Hanya tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut detik detik bersejarah hari ulang tahun kemerdekaan yang ke 55 kali.Sebagai seorang warganegara Malaysia kita tahu apa yang berlaku pada tarikh bersejarah tersebut.Banyak bendera bendera malaysia dikibarkan samada dibangunan mahupun  dijabatan kerajaan  melambangkan semangat patriotik dan cintakan negara.Dalam menanti detik detik ketibaan tarikh tersebut seharusnya kita menghayati erti kemerdekaan itu sebenarnya dan pengisian kemerdekaan itu sendiri.Tahun ini kerajaan telah memilih “ Janji Ditepati” sebagai tema hari kemerdekaan. Sesungguhnya 31 Ogos adalah tarikh keramat bagi rakyat Malaysia.Jestru itu 55 tahun lalu ,jerit perit ,derita pejuangan sangat mahal dan tidak terninal harganya.Entah berapa banyak darah dan air mata pejuang mengalir untuk mempertahankan maruah bagi mendapatkan kemerdekaan.Dalam kegembiraan kita menyambut ulangtahun kemerdekaan ini haruslah kita ingat dan sedar bahawa kita ada maruah dan kedaulatan sebuah negara yang perlu dipertahankan. Menjaga kedaulatan negara bukanlah hanya terletak pada bahu seorang askar, anggota polis atau ahli politik. Tanggungjawab ini harus dipikul oleh setiap dari kita yang mengaku diri kita rakyat Malaysia.
Nikmat kemerdekaan harus diterjemahkan dalam kehidupan yang menepati erti kemerdekaan setulinya.Merdeka berasaskan perinsip karamah insaniah kemulian yang diperolehi dari Allah SWT sebenarnya syarat dalam erti kemerdekaan ,kebebasan ,persamaan dan sejumlah hak asasi yang tanpanya hilang kemanusian.Namun kebimbangan yang timbul dari peningkatan masalah sosial ,jenayah , pembuangan bayi dan yang terbaharu rasis menunjukan ada sesuatu yang perlu kita lakukan demi memahami erti kemerdekaan sebenarnya.
Biar apa pun tema yang dipilih samada ia dapat direalisasikan atau tidak marilah kita bersama samalah menyambut hari kemerdekaan dengan penuh semangat dan harmoni.Kepada remaja remaja janganlah mengambil kesempatan dihari ulang tahun kemerdekaan ini dicemari dengan berbagai bagai maksiat.
Dan akhir sekali saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut hari ulang tahun kemerdekaan yang ke 55 kepada seluruh rakyat Malaysia. Merdeka... Merdeka.........


No comments:

Post a Comment