Friday, 7 September 2012

SELAMAT MENGHADAPAI PEPERIKSAAN UPSR

Jumaat hari penghulu hari , padanya Adam dicipta ,padanya Adam diturunkan kebumi ,padanya Adam dimatikan dan tidak akan berlaku kiamat melainkan hari jumaat.Di hari jumaat yang mulia ini saya ingin membawa pembaca ke Masjid Pekan Ajil Hulu Terengganu mengikuti beberapa petikan khutbah dan sembahyang sunat hajat untuk renungan kita bersama.
Kini kita sedang berada dipertengahan bulan syawal 1433 hijrah  , Ramadhan telah meninggalkan kita tanpa adanya kepastian , apakah tahun hadapan kita masih berjumpa denganya , merebut keutamaan keutamaan dan memenuhi tuntutan ibadah yang dibawanya.kita juga tidak pernah tahu dan tidak pernah mendapat kepastian apakah ibadat ibadat yang kita kalukan pada bulan Ramadhan yang lalu diterima olih Allah Subhanawataala atau tidak?.Kini bulan syawal adalah bulan meneruskan ibadah , demikianlah seharusnya setelah Ramadhan berlalu.Diharapkan orang beriman dapat meningkatkan ketakwaanya.Akan tetapi apa yang kita lihat dalam sebahagian masyarakat kita adalah sebaliknya ,syawal telah menjadi bulan kemerosotan amal yang membawa kemerosotan kualiti diri.Diantara petunjuk yang jelas perayaan Aidil fitri diisi dengan muzik dan hiburan yang melalaikan , tempat tempat hiburan diaktifkan semula ,setelah sebulan ditutup.Kemaksiatan seperti ini kembali wujud sejak hari pertama bulan syawal.Masjid masjid kembali sepi dari jemaaah bersolat lima waktu ,yang hadir hanyalah beberapa orang yang benar benar bertakwa kepada Allah s.w.t.”
Begitulah diantara kuthbah yang disampaikan olih imam masjid Pekan Ajil pada  20 syawal 1433 bersamaan 7hb Ogos 1212.Sebelum imam menaiki mimbar beliau telah menyampaikan beberapa perutusan ,diantaranya supaya mendirikan solat hajat seusai sembahyang jumaat.Bagi memohon keredhaan Allah s.a.w supaya anak anak kita tabah dalam menjawab peperiksaan UPSR yang akan dijalankan tidak lama lagi.
Walaupun semasa sembahyang Jumaat Masjid Pekan Ajil penuh dengan jemaah ,tetapi apabila tiba mendirikan sembahyang sunat hajat amat malang ,hanya tinggal dua baris (saf) itupun tidak penuh.Mengapakah ini terjadi , apakah ada jemaah tidak tahu menunaikan sembahyang sunat hajat , atau tidak mahu bersama sama sujud kehadrat Allah memohon supaya anak anak kita berjaya dalam hidup. atau pun ia menggangap sembahyang itu sunat sahaja.Saya pun tidak tahu , tapi begitulah lumrahnya apabila mendirikan solat sunat hajat dimasjid masjid.
Namun apapun solat sunat Hajat yang di imamkan olih ustaz Mat  berjalan dengan lancar, dan Alhamduliiah ketika berdoa langit tiba tiba kelam dan hujan turun memberi rahmat kesekelian Alam  , seolah olah Allah merestui hajat yang dipohon oleh hambanya.
Akhir kata penutup bicara saya ingin mengucapkan kepada anak anaku  yang akan menghadapi peperiksaan UPRS , yang mendatang semoga kalian berjaya dalam hidup di Dunia dan Akhirat.
Selamat menghadapi peperiksaan UPSR.....


No comments:

Post a Comment