Friday, 31 August 2012

MUTIARA KATA TUAN GURU

Kata kata hikmah Tuan Guru
Sebagai renungan bersama saya tulis kata kata hikmah  YAB Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’ Seri Bentara  Setia Nik Abdul Aziz bin Nik Mat yang di petik dari buku “ Telaga Budi “ susunan Anual Bakri Haron.Semua kata kata ini diucapkan secara sepontan oleh Tuan  Guru semasa menyampaikan Kuliah mahupun ketika berceramah.Semoga mutiara kata ini dapat memberi pendoman dalam menjalani kehidupan kita seharian.
1.       “ Islam ajar kita apabila selalu diawasi olih Raqib dan Atid walaupun ada ibu bapa , guru ustaz , polis dan askar , ada lagi Allah Yang Maha Mengawasi.Mari kita bersama sama ‘ besar besarkan’ kesedaran ini.Semangatnya ialah sekalipun polis tiada.Allah tetap ada.Tuhan sentiasa melihat perbuatan kita”

2.       “ Keldai hanya pandai memikul Al Quran dan kitab diatas belakangnya tetapi sedikit pun tidak tahu.Tidak berminat mengambil tahu maksudnya “

3.       “Seperti isteri kita memasak tomyam semangkuk dia tidak ciptakan garam , lobak , daging ayam , air ; pendek kata bukan dia yang ciptakan semuanya tetapi dia hanyalah menyusun , memperoses , mengatur barang yang sudah ada , memasukan kedalam periok.Apabila masak jadilah tomyam , jadi kuah yang Timah buat , rumah yang Salleh bina , kereta yang Jepun cipta , itu adalah sebutan kita sehari hari tetapi hakikatnya tidak.manusia sebut benda seperti itu , tetapi adakah begitu sungguh ? Tidak ! ia hanya bahasa pertuturan harian untuk memudahkan orang faham.Hakikatnya apabila kamu detail sedikit , kamu akan nampak Aku yang buat semua”

4.       “ Kita semua Melayu , Cina , India , orang Amerika , orang putih ,orang asli dan lain lain adalah adik beradik.Kita datang dari keturunan yang satu , ia itu ayah kita bernama Adam dan ibu kita bernama Hawa.Soalnya berapa ribu pupu kita ni biarlah.Jika tuan tuan kata datok nenek bukan Adam dan Hawa , maka cuba beritahu saya.Jika tidak jumpa jawapan maka terima dulu , terima yang ini dulu “

5.       “ Syurga dan neraka.Kedua dua projek raksaksa ini sudah ada.Apabila syurga ini sudah ada hendak kaji apa lagi.Kewujudanya sudah disahkan sendiri olih Nabi Muhamad S.A.W sewaktu peristiwa Israk Mikraj.Dalam kesempatan diberi hidup menumpang dibumi  Allah inilah kita semua sedang diuji sama ada mahu melaksanakan Islam ataupun tidak , Individu diuji secara individu dan pemimpin kerajaan serta pemerentah diuji dalam bentuk Amanah kekuasaan ‘Ujianya ialah sejauh mana kamu berusaha melaksanakan Islam dan bukanya sejauh mana kamu mengkaji dan berusaha menyesuaikan dengan teori ekonomi Adam Smith ataupun teori Karl Mark dan menghalang perlaksanaan islam “

6.       “Al Quran adalah kitab langit yang mulia kerana Allah sendiri memuliakanya.Maka segala ajarannya turut mulia.Orang yang mengamalkanya dan memperjuangkanya turut mulia.Sebaliknya sesiapa sahaja yang menentangnya adalah hina kerana Allah Taala menghinakanya”

7.       “Sebagai tubuh atas dunia berkehendakan kepada makan minum ,maka roh juga berkehendakan makan minum.Untuk makan minum didunia ini kita terpaksa menggunakan duit untuk membeli beras , petrol , bayar sewa rumah.Tapi duit tidak laku lagi bila sahaja kita masuk kedalam kubur.Duit Amerika tidak laku , jongkong emas pun tidak laku , yang laku hanyalah pahala”

8.       “ Allah itu suka menguji.Oarang miskin pun Dia datangkan bala ,orang kaya pun Dia datangkan bala.Negeri dan Negara pun sama.Orang baik pun kena , orang jahat pun kena”

9.       “ Dizaman Nabi pun sudah ada orang yang derhaka kepada ibunya.Barangkali , ini untuk dijadikan contoh dan sempadan.Bagimanapun ibu bapa dulu dulu , cukup pentingkan akhlak anak anak.Ibu bapa sekarang umumnya mengikut arus , kalau kerajaan suruh belajar , belajar.Kalau kerajaan suruh tinggikan tahap akademik , masing masing berusaha meninggikan pencapaian akademik.Perkara  asuhan akhlak hampir tidak dipedulikan lagi oleh kebanyakan orang.Hasil acuan yang kita gunakan 20 tahun lalu , inilah pula yang melahirkan generasi yang datang 20 tahun kemudian.Antara dosa paling berat kesan pengabaian pendidikan akhlak ini ialah kelahiran generasi yang tidak hormat atau lebih tepat derhaka kepada Ibu Bapa.Ini menjadi beban kepada kerajaan , negeri  ,kampungnya  ,masyarakat dan keluarganya.”

Tuesday, 28 August 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN 31HB OGOS

Assalamualaikum dan salam sejahtera ,
Tanggal 31hb Ogos akan muncul lagi dalam hidup kita.Hanya tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut detik detik bersejarah hari ulang tahun kemerdekaan yang ke 55 kali.Sebagai seorang warganegara Malaysia kita tahu apa yang berlaku pada tarikh bersejarah tersebut.Banyak bendera bendera malaysia dikibarkan samada dibangunan mahupun  dijabatan kerajaan  melambangkan semangat patriotik dan cintakan negara.Dalam menanti detik detik ketibaan tarikh tersebut seharusnya kita menghayati erti kemerdekaan itu sebenarnya dan pengisian kemerdekaan itu sendiri.Tahun ini kerajaan telah memilih “ Janji Ditepati” sebagai tema hari kemerdekaan. Sesungguhnya 31 Ogos adalah tarikh keramat bagi rakyat Malaysia.Jestru itu 55 tahun lalu ,jerit perit ,derita pejuangan sangat mahal dan tidak terninal harganya.Entah berapa banyak darah dan air mata pejuang mengalir untuk mempertahankan maruah bagi mendapatkan kemerdekaan.Dalam kegembiraan kita menyambut ulangtahun kemerdekaan ini haruslah kita ingat dan sedar bahawa kita ada maruah dan kedaulatan sebuah negara yang perlu dipertahankan. Menjaga kedaulatan negara bukanlah hanya terletak pada bahu seorang askar, anggota polis atau ahli politik. Tanggungjawab ini harus dipikul oleh setiap dari kita yang mengaku diri kita rakyat Malaysia.
Nikmat kemerdekaan harus diterjemahkan dalam kehidupan yang menepati erti kemerdekaan setulinya.Merdeka berasaskan perinsip karamah insaniah kemulian yang diperolehi dari Allah SWT sebenarnya syarat dalam erti kemerdekaan ,kebebasan ,persamaan dan sejumlah hak asasi yang tanpanya hilang kemanusian.Namun kebimbangan yang timbul dari peningkatan masalah sosial ,jenayah , pembuangan bayi dan yang terbaharu rasis menunjukan ada sesuatu yang perlu kita lakukan demi memahami erti kemerdekaan sebenarnya.
Biar apa pun tema yang dipilih samada ia dapat direalisasikan atau tidak marilah kita bersama samalah menyambut hari kemerdekaan dengan penuh semangat dan harmoni.Kepada remaja remaja janganlah mengambil kesempatan dihari ulang tahun kemerdekaan ini dicemari dengan berbagai bagai maksiat.
Dan akhir sekali saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut hari ulang tahun kemerdekaan yang ke 55 kepada seluruh rakyat Malaysia. Merdeka... Merdeka.........


Sunday, 26 August 2012

HARGAI MAHKLUK ALLAH S.W.T

Tabiat mahkluk Allah s.w.t bernama tupai...
Petang tadi aku beriadah bersihkan batas batas sayur yang ku tanam di belakang rumah kel;amin Balai polis Ajil ,setidak tidak nya keluar juga peluh.Nak berjoging tak lalu dah ,jadi aku tanam lah sayur sayuran dikawasan lapang belakang rumahku ,  ade juga faedahnya...kata orang berbudi pada tanah ade juga hasilnya.Buat masa ni aku tanam sayur kangkong dan sawi ,nampaknya boleh tahan suburnya , dan sudah dua kali aku petik dan makan sayur segar bebas dari sebarang racun.Sedang aku berehat sambil memerhatikan beberapa batang pokok durian berhampiran rumahku , terlihat sepasang mahkluk Allah s.w.t  diberi nama tupai sedang berkejaran didahan dahan pokok .Bulan lepas pokok ini berbuah dengan lebat , lepaslah untuk makan sampai kita orang di Balai ni jemu nak makan.Aku tidak tahu siapa yang menanam pokok durian ni , mengikut ceritanya orang yang terdahulu yang menanamnya.Sungguh besar pahalanya sehingga kami yang baru tinggal disini dapat menikmatinya.
Seandainya orang yang menanam itu telah kembali ke Ramahtullah hanya sekalong doa dan Al Fatihah kami pohonkan semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.Aku masih ingat lagi semasa aku kanak kanak Datok aku  sering berkata dia menanam pokok buah buahan untuk anak cucu.Maksudnya walaupun mungkin dia tidak dapat menikmati hasilnya memandangkan usianya telah lanjut tetapi ia akan dapat dinikmati oleh waris warisnya
Dari Anas r.a katanya : Rasullullah s.a.w bersabda ;” Seorang muslim yang menanam pohon atau tanam tanaman  , lalu sebahagian nya dimakan burung , manusia atau binatang , maka orang yang menanam itu mendapat pahala “
Berbalik kepada tupai yang sedang berkejaran tadi dia juga dapat menikmati buah yang ditanam olih manusia ,cuma kadang kadang manusia tidak suka kepada tabiat semulajadinya.
 Tupai memang terkenal dengan ‘kejahatannya” menebok buah...ungkapan ini ditujukan kepada ‘anak dara ‘ yang sudah terpakai secara tidak sah juga dengan kata ‘ sudah ditebok tupai’ ...selain itu tupai juga dikiaskan dengan orang orang yang buat kerja jahat dengan kata ‘sepandai pandai tupai melompat ,akhirnya jatuh ketanah juga’ Kesemua maksud tupai dalam semua ayat tersebut mnjurus untuk mengkiaskan kepada segolongan manusia yang ‘jahat perbuatanya.

Apa perkerjaan tupai ini?...tupai tak ade kerja lain ....tugasan utamanya merusakan buah ,walaupun sebenarnya tujuan si tupai  bukan untuk merosakan ,sebab dah memang sunatullah  Allah jadikan cara cari makannya begitu.....tepati perbuatanya itu dianggap sebagai merosakan pada disisi manusia....sebab apa merosakan?....sebab kadang kala buah hanya di tebuk dan dibiarkan hingga rosak...lepas di tebuk tupai akan beralih kebuah lain pula....buah buah yang di tebuk tupai sudah tidak lagi bernilai dan kadang kala langsung tidak boleh dimakan kerana sudah rosak keseluruhanya....begitu juga kerja jahat tupai ini adalah merosakan bunga dan putik buah......dan penting juga kita tahu perangai tupai ini dia boleh tebuk pelbagai jenis buah tak kira lah samada berduri seperti durian atau putik buah manggis yang belum ada isi ...kerjanya tebuk saja lepas tu tinggal dia tak kira buah itu elok ke atau tidak elok janji boleh tebok sudah menjadi satu kepuasan , dan disebabkan itulah juga tupai dijadikan sebagai musuh kepada tuan tanah ,tuan dusun buah buahan dan tuan tanaman , hinggakan para tuan tuan ini sanggup mengistiharkan perang dan bergolok berparang malah bersenapang semata mata untuk menjaga tanaman supaya tidak dirosakan oleh tupai yang sedang berkejaran.

Kalau dimasa zaman kanak kanak saya dahulu tupai banyak kelihatan di dusun dusun buah berkejaran dan melompat kesana sini.Sepisis tupai ini sangat cantik dengan ekornya yang kembang , dan tingkah lakunya sungguh  menggembirakan.Tetapi sekarang nak tengok se ekor tupai pun susah , dan mungkin kanak kanak sekarang tidak tahu apa itu binatang bernama tupai kecuali mengenalnya melalui buku buku dan media eletronik.Teringat aku kepada lirik dikir barat yang di dendangkan oleh Halim Yazid antaranya “ Sakat bedil ado tupai habih mati ; Hok ni lah saya raso kita rugi ; Kita manusio tinggi mana pun kita ngaji ; Nak wat tupai sekor tentu sekali nya tak jadi “

Sebagai manusia yang di berikan oleh Allah s.w.t akal fikiran haruslah menghargai mahkluk mahkluk lain ciptaanya termasuk lah tupai kerana kita semua menumpang didunia ini hanya untuk sementara waktu.

Tuesday, 21 August 2012

PERGINYA DI EIDUL FITRI

BELANGSUNGKAWA ZULKERNAIN BIN TEMPI  
  Lembayung senja diakhir Ramadhan telah hilang meninggalkan kita bersama kegelapan malam.Di masjid , disurau surau , malah disaluran media eletronik alunan takbir mula berkumandang memuji kebesaran Ilahi.Eidul Fitri merupakan hari kemenangan bagi seluruh umat islam diatas kejayaan menentang hawa nafsu disepanjang bulan Ramadhan.Alhamdulillah kita diketemukan lagi dan diberi peluang untuk merayakan Eidul Fitri tahun ini.
Seperti biasa petang ini aku berbuka puasa seorang diri diberek kelamin Balai Polis Ajil, kerana isteri dan anak anaku semua berada di Kg. Geliga Kemaman.Sudah hampir tiga tahun aku jarang bersama keluarga ,semenjak ditukarkan ke Balai Polis Ajil.Begitulah lumrah bagi anggota pasukan keselamatan , berpindah dari satu tempat kesatu tempat memang perkara biasa.Tapi aku tidak kesah demi mencari rezeki yang halal.
Selepas menunaikan magrib , untuk menghilangkan rasa bosan aku pergi keberek bujang untuk berborak.Di balai Ajil ini ada dua orang anggota bujang , umurnya masih muda dan pangkat anak bagi aku....”Incas nak pergi mana”... sapa Rashedi , begitulah panggilan bagi anggota polis kepada anggota yang lebih kanan seperti aku.Tak tau nak pergi mana...jawabku.....Mai kita pergi ke Pekan Kuala Berang ..saya nak pi tengok baju raya...katanya dalam lograt kedah.Rashidee berasal dari kedah sudah setahun berkhidmat sebagai anggota polis di Balai Polis Ajil....o.k. jawabku ringkas.Aku pun balik bersiap , dalam kereta aku tanya shidee , zul mana kata ku.Ada kat rumah katanya.Entah mengapa malam itu mulut aku begitu berat mengajaknya keluar bersama ,selalunya aku pasti mengajaknya samada makan ataupun minum.Zul atau nama sebenarnya Zulkernain juga seorang anggota bujang kelahiran Sabah sudah tiga tahun berkhidmat dibalai Ajil ini.Budaknya baik berbudi bahasa baru berumur dua puluh tahun sebaya dengan anaku dan ia begitu rapat dan ku anggap ia sebagai anak.
                                                Foto Allahyarham ketika memancing.

Besok adalah 1 syawal 1433 umat islam merayakan Eidul Fitri , bagi mereka yang mendapat cuti telah berada dikampung halaman bersama keluarga tercinta.Tapi aku seperti biasa menjalankan tugas seperti diarahkan.Malam ini aku ditugaskan menjaga keselamatan kawasan balai walaupun negara kita aman namun kita mesti berwaspada dari  dicerobohi oleh anasir anasir yang tidak diduga.Malam itu aku bawa lemang yang ku beli dan rendang ayam yang ku buat sendiri ke pekarangan Balai untuk makan bersama anggota lain.Kebetulan keluarga Haris seorang anggota baru balai ini ada datang , dan ku ajak ayahnya bersama menikmati lemang.Sebelum itu aku telefon zul ajak makan bersama , tapi katanya ia berada di Kuala Berang dirumah rakannya, dan jawabnya .....”tak pa Incas kalau saya sempat balik nanti saya makan” katanya...o.k lah kata ku..Kebetulan aku kehabisan rokok ,aku minta ia belikan rokok peter merah bila balik nanti.
                                              Allahyarham bersama rakan-rakan sekerja

Suasana malam yang penuh syahdu telah dicemari dengan letupan mercun dan deruan motorsikal oleh anak anak muda yang tidak bermoral.Pehak penguat kuasa terutama polis menjadi sasaran utama apabila orang awam memberitahu orang belumba m/sikal, namun semuanya dapat diatasi dengan baik.Sedang aku duduk diperkarangan balai, rakan ku Azhar datang  aku ajak dia keluar sebentar minum kalau ada kedai kedai dibuka.Belum pun sempat singgah kami di beritahu olih kpl Rosli yang kebetulan berada dikedai tersebut dengan nada yang cemas memberitahu kami ...”.mari.. mari kita pergi ke Hospital Hulu Terengganu ...Zul kemalangan”... katanya.Tanpa berlengah kami pun pergi menuju ke Hospital dengan hati yang berdebar.Di Hospital Zul ditempatkan di ward kecemasan dan para doktor bertungkus lumus memberi rawatan.Menurut maklumat zul cedera parah apabila m/sikal yang ditungganginya telah melanggar sebuah kereta yang berhenti di lampu isyarat disimpang Pengkalan Ajal, Kuala Berang semasa balik dari rumah rakanya.Kami tidak dibenarkan masuk hanya mampu berdoa semoga Allah memberi kekuatan kepadanya.Aku lihat Ketua Polis Balai En Rashid telah menghubungi keluarga nya diSabah.Sebagai seorang ketua beliau bertanggung jawab keatas semua anggota dari segala segi termasuk dari segi kebajikan.Hampir dua jam kami berada di Hospital Hulu terengganu tapi tiada sebarang perubahan , menurut maklumat ia akan dihantar ke Hopital Kuala Terengganu.
Sedang aku melelapkan mata di rumah tiba tiba telefon ku berdering ,ku lihat di skrin terpapar Balai Polis Ajil ,hati ku berdebar........Hello Incas ...kata shidee dengan nada yang lemah .....Zul tak dak dah..dia meninggal  jam 5.35 di hospital Kuala Terengganu...inalillah........jawab ku dengan nada yang sebak.Walau bagaimana sekali pun kita menyayangi sesaorang itu tetapi Allah lebih mengetahui dari segalanya ,kerana dari Allah kita datang kepada Nya jua lah kita dikembalikan....Kami redha atas pemergianya.
Semasa pertemuan dalam rollcall dibalai Ajil seminggu sebelum berakhir Ramadhan OCS  En Rashid ada beritahu tahun ini OCPD beri kebenaran cuti raya untuk dua orang.Orang yang paling gembira adalah Zul walaupun Eidul Fitri tahun hadapan jaraknya terlalu jauh , masih lagi terngiang ngiang diteliga ku..”tahun depan giliran saya dan Incas “ katanya.Saya nak ambil cuti dua minggu .....nak balik Sabah katanya dengan wajah yang ceria.Tapi apakan daya dia merancang Allah jua yang menentukan ,zul telah pulang untuk selama lamanya.
1 Syawal 1433 jam 3.15 petang setelah disembahyangkan jenazah zul atau Zulkernain bin Tempi telah diterbangkan dengan pesawat khas ke Sabah Negeri Di Bawah Bayu tempat kelahirannya untuk disemadikan.Bersama doa dan beraian air mata kami lepaskan zul pergi  semoga  Allah mencucuri rahmat keatas rohnya....Al Fatihah.
Saya mewakili seluruh warga Balai Ajil mengambil kesempatan mengucapkan Takziah kepada ibu dan bapanya  , serta seluruh keluarganya dan bersabar kerna semua itu adalah dugaan dan ketentuan Allah jua.
Belangsungkawa.
Zulkernain bin Tempi
Konst:174574
1 Syawal1433
Balai Polis Ajil ,Hulu Terengganu.





Monday, 20 August 2012

1 Syawal 1433

Assalamualaikum warohmatullahiwarokatuh.

Allahuakbar ,Allahuakbar , Allahuakbar , Allahuakbar ,Allahuakbar , Allauakbar walillahilham...
  
    Mentari senja diakhir Ramadhan kian tenggelam bersama kegelapan malam.Ini bermakna  Ramadhan yang hebat,agung dan penuh keberkatan akan pergi meniggalkan kita sekali lagi.Apakah kita masih berpeluang untuk bertemu kembali dengan Ramadhan akan datang hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.Amat beruntunglah siapa  yang memanfaatkan Ramadhan yang hebat ini dengan sehabis baik.Sebaliknya rugi dan muflislah siapa yang mensia-siakan kehadiran  Ramadhan ini.

Sempena kemunculan syawal  ini saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri dan memohon ampun dan maaf kepada seluruh muslimin dan muslimat terutama kepada ibu  dan adik beradik yang berada di Negeri Perak.Semoga di syawal ini dipereratkan lagi perhubungan silatulrahim kita dan di kurniakan rezeki dan kesihatan yang baik dari Maha Pencipta.

Telah  menjadi tradisi apabila syawal menjelma ,walau sejauh mana pun  merantau kita akan terkenang  kampung halaman tempat kelahiran kita.Ramai akan meninggalkan kota , dan doa saya semoga semua selamat sampai ke kampung halaman bertemu keluarga tersayang.Disamping itu ambilah peluang dihari yang berbahagia ini menziarahi rakan taulan dan sanak saudara sementara mereka masih ada.

Akhir kalam penutup bicara saya memohon keampunan kepada Allah S.W.T. diatas apa jua kesalahan dimasa lalu dan memohon maaf kepada ibu ,adik beradik ,saudara mara dan rakan taulan yang saya sayangi serta insan yang mengenali diri saya.

Selamat Hari Raya “MAAF ZAHIR & BATIN”
1 sYAWAL 1433.

Wednesday, 1 August 2012

RENUNG RENUNGKAN.....

Kita sering merasa tidak puas dengan apa yang kita miliki ,dan kadang kadang kita menyalahkan takdir bila sesuatu itu tidak memihak kepada  kita.Jarang sangat manusia berasa puas dengan apa yang dia ada tetapi asyik mengharap apa yang tiada kecuali mereka yang bertakwa.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat.”
Hadis Riwayat Ahmad
Sebelum kita merungut atau menyalahkan orang lain cuba kita renungkan soalan soalan dibawah ini ,adakah kita termasuk dalam golongan tersebut.

RENUNG RENUNGKAN....

·         Sebelum berfikir untuk mengatakan sesuatu yang tidak baik,
Fikirkan akan mereka yang dikurniakan bisu lagi pekak.

·         Sebelum mengatakan makanan yang ada tidak sedap.
Fikirkan akan mereka yang tiada langsung makanan untuk dijamah.

·         Sebelum merungut tentang diri pasangan, suami atau isteri,
Fikirkan akan mereka yang menangis memohon agar ditemukan jodoh mereka.

·         Sebelum merungut tentang kesusahan dan keperitan hidup hari ini,
Fikirkan akan mereka yang telah pergi terlebih dahulu daripada kita.

·         Sebelum merungut betapa sukarnya membesarkan anak anak,
Fikirkan mereka yang masih belum dikurniakan cahaya mata.

·         Sebelum bertengkar dengan isteri/suami, betapa bersepahnya rumah,
Fikirkan akan mereka yang tinggal dijalanan tanpa tempat berlindung.

·         Sebelum merungut betapa penatnya anda memandu ketempat kerja seriap hari,
Fikirkan akan mereka yang hanya berjalan kaki dengan jarak yang sama ketempat kerja.

·         Sebelum merungut dengan kerja yang banyak , gaji yang rendah dan bos yang teruk,
Fikirkan akan mereka yang masih lagi mencari kerja,tidak berkemampuan dan berharap agar mendapat pekerjaan seperti anda.

·         Sebelum mula menyalahkan dan merendahkan orang lain,
Fikirkan bahawa tiada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesilapan dan kita bertanggungjawab terhadap apa yang kita lakukan.

·         Dan apabila pemikiran negatif mula mempengaruhi minda dan melemahkan diri, mekarkanlah sekuntum senyum dan panjatkan kesyukuran penuh kenisafan bahawa kita masih lagi bernafas dan menjalani kehidupan didunia ini.


                 WAssalam..