BELANGSUNGKAWA ZULKERNAIN BIN TEMPI
Lembayung senja diakhir Ramadhan telah hilang meninggalkan kita bersama kegelapan malam.Di masjid , disurau surau , malah disaluran media eletronik alunan takbir mula berkumandang memuji kebesaran Ilahi.Eidul Fitri merupakan hari kemenangan bagi seluruh umat islam diatas kejayaan menentang hawa nafsu disepanjang bulan Ramadhan.Alhamdulillah kita diketemukan lagi dan diberi peluang untuk merayakan Eidul Fitri tahun ini.
Seperti biasa petang ini aku berbuka puasa seorang diri diberek kelamin Balai Polis Ajil, kerana isteri dan anak anaku semua berada di Kg. Geliga Kemaman.Sudah hampir tiga tahun aku jarang bersama keluarga ,semenjak ditukarkan ke Balai Polis Ajil.Begitulah lumrah bagi anggota pasukan keselamatan , berpindah dari satu tempat kesatu tempat memang perkara biasa.Tapi aku tidak kesah demi mencari rezeki yang halal.
Selepas menunaikan magrib , untuk menghilangkan rasa bosan aku pergi keberek bujang untuk berborak.Di balai Ajil ini ada dua orang anggota bujang , umurnya masih muda dan pangkat anak bagi aku....”Incas nak pergi mana”... sapa Rashedi , begitulah panggilan bagi anggota polis kepada anggota yang lebih kanan seperti aku.Tak tau nak pergi mana...jawabku.....Mai kita pergi ke Pekan Kuala Berang ..saya nak pi tengok baju raya...katanya dalam lograt kedah.Rashidee berasal dari kedah sudah setahun berkhidmat sebagai anggota polis di Balai Polis Ajil....o.k. jawabku ringkas.Aku pun balik bersiap , dalam kereta aku tanya shidee , zul mana kata ku.Ada kat rumah katanya.Entah mengapa malam itu mulut aku begitu berat mengajaknya keluar bersama ,selalunya aku pasti mengajaknya samada makan ataupun minum.Zul atau nama sebenarnya Zulkernain juga seorang anggota bujang kelahiran Sabah sudah tiga tahun berkhidmat dibalai Ajil ini.Budaknya baik berbudi bahasa baru berumur dua puluh tahun sebaya dengan anaku dan ia begitu rapat dan ku anggap ia sebagai anak.
Foto Allahyarham ketika memancing.
Besok adalah 1 syawal 1433 umat islam merayakan Eidul Fitri , bagi mereka yang mendapat cuti telah berada dikampung halaman bersama keluarga tercinta.Tapi aku seperti biasa menjalankan tugas seperti diarahkan.Malam ini aku ditugaskan menjaga keselamatan kawasan balai walaupun negara kita aman namun kita mesti berwaspada dari dicerobohi oleh anasir anasir yang tidak diduga.Malam itu aku bawa lemang yang ku beli dan rendang ayam yang ku buat sendiri ke pekarangan Balai untuk makan bersama anggota lain.Kebetulan keluarga Haris seorang anggota baru balai ini ada datang , dan ku ajak ayahnya bersama menikmati lemang.Sebelum itu aku telefon zul ajak makan bersama , tapi katanya ia berada di Kuala Berang dirumah rakannya, dan jawabnya .....”tak pa Incas kalau saya sempat balik nanti saya makan” katanya...o.k lah kata ku..Kebetulan aku kehabisan rokok ,aku minta ia belikan rokok peter merah bila balik nanti.

Allahyarham bersama rakan-rakan sekerja
Suasana malam yang penuh syahdu telah dicemari dengan letupan mercun dan deruan motorsikal oleh anak anak muda yang tidak bermoral.Pehak penguat kuasa terutama polis menjadi sasaran utama apabila orang awam memberitahu orang belumba m/sikal, namun semuanya dapat diatasi dengan baik.Sedang aku duduk diperkarangan balai, rakan ku Azhar datang aku ajak dia keluar sebentar minum kalau ada kedai kedai dibuka.Belum pun sempat singgah kami di beritahu olih kpl Rosli yang kebetulan berada dikedai tersebut dengan nada yang cemas memberitahu kami ...”.mari.. mari kita pergi ke Hospital Hulu Terengganu ...Zul kemalangan”... katanya.Tanpa berlengah kami pun pergi menuju ke Hospital dengan hati yang berdebar.Di Hospital Zul ditempatkan di ward kecemasan dan para doktor bertungkus lumus memberi rawatan.Menurut maklumat zul cedera parah apabila m/sikal yang ditungganginya telah melanggar sebuah kereta yang berhenti di lampu isyarat disimpang Pengkalan Ajal, Kuala Berang semasa balik dari rumah rakanya.Kami tidak dibenarkan masuk hanya mampu berdoa semoga Allah memberi kekuatan kepadanya.Aku lihat Ketua Polis Balai En Rashid telah menghubungi keluarga nya diSabah.Sebagai seorang ketua beliau bertanggung jawab keatas semua anggota dari segala segi termasuk dari segi kebajikan.Hampir dua jam kami berada di Hospital Hulu terengganu tapi tiada sebarang perubahan , menurut maklumat ia akan dihantar ke Hopital Kuala Terengganu.

Sedang aku melelapkan mata di rumah tiba tiba telefon ku berdering ,ku lihat di skrin terpapar Balai Polis Ajil ,hati ku berdebar........Hello Incas ...kata shidee dengan nada yang lemah .....Zul tak dak dah..dia meninggal jam 5.35 di hospital Kuala Terengganu...inalillah........jawab ku dengan nada yang sebak.Walau bagaimana sekali pun kita menyayangi sesaorang itu tetapi Allah lebih mengetahui dari segalanya ,kerana dari Allah kita datang kepada Nya jua lah kita dikembalikan....Kami redha atas pemergianya.
Semasa pertemuan dalam rollcall dibalai Ajil seminggu sebelum berakhir Ramadhan OCS En Rashid ada beritahu tahun ini OCPD beri kebenaran cuti raya untuk dua orang.Orang yang paling gembira adalah Zul walaupun Eidul Fitri tahun hadapan jaraknya terlalu jauh , masih lagi terngiang ngiang diteliga ku..”tahun depan giliran saya dan Incas “ katanya.Saya nak ambil cuti dua minggu .....nak balik Sabah katanya dengan wajah yang ceria.Tapi apakan daya dia merancang Allah jua yang menentukan ,zul telah pulang untuk selama lamanya.
1 Syawal 1433 jam 3.15 petang setelah disembahyangkan jenazah zul atau Zulkernain bin Tempi telah diterbangkan dengan pesawat khas ke Sabah Negeri Di Bawah Bayu tempat kelahirannya untuk disemadikan.Bersama doa dan beraian air mata kami lepaskan zul pergi semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya....Al Fatihah.
Saya mewakili seluruh warga Balai Ajil mengambil kesempatan mengucapkan Takziah kepada ibu dan bapanya , serta seluruh keluarganya dan bersabar kerna semua itu adalah dugaan dan ketentuan Allah jua.
Belangsungkawa.
Zulkernain bin Tempi
Konst:174574
1 Syawal1433
Balai Polis Ajil ,Hulu Terengganu.
Assalamualaikum & Salam Perpaduan...
ReplyDeleteSaya adalah kakak kepada Arwah Mohd Zulkernain bin Tempi.. Terima kasih kerana menulis dan berkongsi tentang keadaan disaat akhir adik saya sebelum kembali ke Rahmatullah..
Malam Raya itu, kami sekeluarga berada di Negeri Bawah Bayu amat amat amat terkejut dengan berita kemalangan adik saya. Saya adalah orang pertama yang menerima berita tentang kejadian itu.
Pada mulanya kami seakan-akan tidak dapat menerima hakikat apa yang telah Allah tentukan ni.. Arwah merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga kami. Dia adalah "intan payung" kami dari dulu sampai bila-bila.
Al fatihah. Semoga roh arwah adik saya ditempatkan dikalangan orang yang beriman..
RAMSIA BINTI TEMPI
SABAH DI BAWAH BAYU.